Sunday 20 April 2014

: tanggungjawab Lelaki #supperRohani April 2014

ho yeah!
janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya hanya orang kafir yang berputus asa. - surah Yusuf;87


Assalamualaikum wbt, dan semoga kita semua sentiasa berada dalam landasan yang Allah redha insha Allah. Oyeah!

Alhamdulillah, pada jumaat yang lepas bertarikh 18 April, biro kerohanian MJHEP telah pun berjaya sejaya jayanya mengadakan acara bulanan, yakni #supperRohani dengan tajuk osem, “tanggungjawab lelaki”. Dengan panel yang hebat seperti Ustaz Iskandar, iaitu penyarah di Mara Japan Industrial Institute (MJII) serta Puan Amy Sofea, pengacara rancangan Assalamualaikum di Al-Hijrah yang juga juara rancangan Solehah pada tahun 2011, rata-rata ramai juga pelajar dari MJHEP dan MJII sendiri khususnya lelaki yang berkobar kobar mau jadi lelaki yang lebih qawiy dan sentiasa ikut suruhan Allah swt. Waa!

Kata Thaqif, pelajar U1 MJHEP, antara yang paling terkesan di hatinya ialah seorang lelaki yang macho itu bukan lah yang ada six packs dan badan tegap sasa, tapi lelaki yang gigih hidup di jalan Allah se simple menarik gebor di kala sejuk pagi nak solat subuh. Member nya, Adli pula mengatakan, dia sangat suka sampai terlompat lompat apabila input pengisian tersebut memberi penjelasan tentang mengapa wanita lebih banyak di universiti serta titik persamaan yang boleh dicerna antara lelaki dan perempuan. Hasilnya, dia tidur dengan lebih aman pada malam itu!


Rata rata pengisian pada malam tersebut berkisar secara umum, namun ustad dan ustajah memberi input baharu yang sangat berguna. Persoalan mudah yang suka untuk ditekankan, bagaimana si wanita pada hari ini terlalu berkeras dengan menetapkan macam macam kriteria untuk dijadikan bakal suami. Seolah olah mahukan suami yang tip top, suci yang tiada kesalahan walau satu pun. Frasa daripada puan amy yang sangat perlu difahami oleh akhwat di luar sana, Allah akan bagi apa yang perlu, bukan apa yang mahu. Kalau laki gegurl nya bising, mungkin Allah bg laki yang pendiam, supaya dapat bg seimbang antara kedua duanya. Yang penting, cara yang bagaimana lelaki itu mampu buat untuk melayarkan bahtera perkahwinan itu berada dia atas jalan keredhaan Allah yang nyata. Ish, isu kahwin? Awal lagi, tapi perlu untuk difikirkan. Hehe

Perlu ada keredhaan ALLAH dalam amalan kalian. Sekiranya ALLAH redha sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak akan memberi apa-apa kesan pun. Kerana itulah, sepatutnya hanya redha ALLAH semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini. - quote daripada Ammar, dipetik daripada buku Cerita Cinta Ahmad Ammar
Lelaki lelaki zaman ini juga perlu menjadikan tokoh tokoh osem Islam yang telah Berjaya membawa kehidupan mereka dengan cara sebaik nya. Lihat sahaja Saidina Abu Bakar, walau bertubuh kurus, beliaulah antara yang benar benar semangat tatkala era awal perkembangan ajaran Islam. Sultan Muhammad Al Fateh sendiri, dalam usia semuda 21 tahun, sudah mampu menakluk Kota Konstantinopel berkat amalan baik serta tenteranya yang suci pekerti nya. Role model kini, As-Syahid Ammar yang telah dikebumikan di perkuburan sahabat seperti Ayub Al-Ansari di Turki, tidak kah membuatkan kita terfikir mampu kah kita menjadi seperti diri nya?



Seperti kata Ustaz Iskandar sendiri, memang mahu jadi lelaki yang sempurna tidak mudah, namun kita boleh lakukan nya. Mungkin kita tidak hidup dalam biah yang soleh sejak kecil, namun yakinlah, hidayah Allah itu milik Allah, tak kira bagaimana latar belakang hidup anda, Allah pasti memberi hidayah bagi insan insan terpilih. Namun, bagi yang sudah ada ilmu, sudah terpelihara hidup sejak kecil gayanya, jangan lah di keruhkan kelebihan kamu itu dengan gaya cakap serta perbuatan yang bertentangan. Takut dek kerana anda, ramai yang mahu lari dari sedar akan kepentingan menyampaikan kalimah Allah ini kepada semua. Jaga jaga!

Jika anda sedar, sebenar nya di Malaysia ini, aura rakyat yang mahukan hidup Islam yang betul semakin mendapat perhatian. Lihat sahaja ustad selebriti atau rancangan ilmiah islamik yang semakin banyak di tv. Ramai yang mula ingin hidup dalam keadaan yang terbaik, yang Allah mahukan. Buat para lelaki dan perempuan, mahu pasangan yang sempurna? Tidak semudah membeli keropok lekor di gerai. Hadiah yang berharga, seharusnya ada ‘pengeras’ nya yang tersendiri. Namun, pengeras nya di sini bukan lah perkara yang sesat atau duit jutaan ringgit, namun pengeras yang susah jika tidak rela, yakni perubahan yang perlu dimula dari diri kita sendiri. Contoh mudah, jika yang lelakinya, solat fardhu berjemaah perlu jaga, perlu ke masjid atau surau. Yang perempuannya, tudung atau hijab itu perlu dipakai, walau alasan panas sekalipun. Syariat Islam itu perlu dilakukan. Barulah Allah nak bagi apa kita mahukan ye dok?

Wahai lelaki lelaki macho sekalian, ingat juga, tanggungjawab anda itu besar, walau masih bujang dan duit diberi si father mother. Ingat! Akak, adik perempuan, mak kamu sendiri akan dipersoalkan Allah di hadapan kamu jika kamu gagal bawa mereka di jalan yang sepatutnya. Ya. Benar. Usia muda lela ini mestilah kita nak enjoy dan bersenang senang. Tapi, ingat enjoy enjoy jugak, tanggungjawab pun kena lah buat. Betul tak?

Akhir kata, to lads and gents, ingat, tiada guna jika antara kita berbalah, kalau kedua dua menegakkan benang yang basah. Tiada guna ikhwan bertekak atau bergurau kasar atas kekurangan sahabat nya, jika diri sendiri tidak mula memberi tangan menganjurkan pertolongan. Matilah akhwat jika kini sibuk berbuat perkara sia sia maksiat, kerana kamu perlu sedar, apa yang kamu buat, ada kesan nya terhadap ayah, abang, adik lelaki atau future nya, untuk suami terchenta.


Semoga bermanfaat. Shitsureishimas

-encik buyo

Saturday 19 April 2014

keistimewaan lelaki


bismillahirahman arrahim, alhamdulillah supper rohani mjhep bagi bulan ini telah berlangsung dgn jaya nya semalam dengan membawakan tajuk tanggungjawab lelaki. tapi di sini penulis bukanlah ingin berkongsi tentang tanggungjwab lelaki, kerana semua orang tahu, tanggungjawab lelaki ini berat, mengalahkan superman katanya. tapi bukankah itu hakikatnya? 

maka ingatlah rijal-rijal di luar sana, tidaklah Allah bebankan tanggungjawab yg berat itu melainkan ianya sesuai dengan kemampuanmu. [2:286]. maka sedarkah juga, syabab juga mempunyai kelebihan, yang mana dengan kelebihan itulah kita dapat meyakini bahawa kita lah yang mampu, kitalah yang kuat itu, yang mampu memikul tanggungjawab itu.

justeru, yang dibawah ini adalah keistimewaan yang sepatutnya seorang rijal tahu, bahawa kitalah orang-orang itu, kitalah yang bakal memimpin dunia kalau bukan esok lusa, yakinlah akan perancangan Allah, bahawa Dia tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia.



  • Lelaki sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap ujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindungi.
  • Bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.
  • Diberikan kemauan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari tetes keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya.
  • Keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan karena tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya terkuras demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.
  • Diberikan kesabaran, ketekunan serta keuletan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya.
  • Diberikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam kondisi dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.
  • Diberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesadaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dilecehkan oleh anak-anaknya.
  • Diberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyadarkan, bahwa Isteri yang baik adalah Isteri yang setia terhadap Suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang senantiasa menemani, dan bersama- sama menghadapi perjalanan hidup baik suka maupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sejajar dan saling melengkapi serta saling menyayangi.
  • Diberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahwa Laki-laki itu senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya bisa hidup didalam keluarga sakinah dan badannya yang terbungkuk agar dapat membuktikan, bahwa sebagai Laki-laki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, keuletannya demi Kelangsungan hidup keluarganya.
  • Diberikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga,agar dapat dipergunakan dengan sebaik- baiknya. Dan inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggung-jawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.
setiap kali bangun pagi, cakaplah pada diri sendiri, "today, i'll be a better man." maan najah fi dunya, wal akhirah. 

Wallahua'lam.

-AKRIMI MATHWA

Sunday 6 April 2014

Jom Masuk Gerabak Tarbiyah !

Gerabak tarbiyah dah sampai ! Mohlah kite yob ! -kredit-
Gerabak Tarbiyah. Mesti ada yang tak pernah dengar dua perkataan nie. Kalau ada pun, mungkin rasa dua perkataan tu tak berapa penting pun dalam kehidupan hari-hari. Tapi, siapa yang pernah dengar and sudah pun menaiki gerabak nie, mesti tengah tersenyum manis je. Iyelah, mana idoknya, seronok gumbira tak terkatalah kalau sudah menikmati bestnya perjalanan dalam gerabak ni.
Ada yang akan bertanya, apa tu ‘Gerabak Tarbiyah’ ? Penting ke naik gerabak nie? Kalau perlu, kena bayar ke, kot-kot ada yuran keahlian ke, duit tiket ke? Susah tak kalau nak naik gerabak tarbiyah? Nak ke mana gerabak nie? Ke mana ye kita akan dibawa? Ataupun, soalan yang paling femes, boleh and layakkah untuk saya naik gerabak nie?
In shaa Allah, segala pertanyaan itu akan cuba dijawab sebaik mungkin, mengikut perspektif saya lah. Setiap orang ada pandangan yang tersendiri, dan saya pula akan cuba berkongsi pandangan yang sudah lama ku pendam dalam mr.brain saya yang tak seberapa nie. J
Sebenarnya,gerabak tarbiyah, senang cakapnya adalah mana-mana perjumpaan oleh sekelompok indidividu Muslim, yang diadakan secara berkala untuk tujuan utamanya, DAKWAH (tanggungjawab penting umat Islam nie), membincangkan mengenai Islam, mengecheck iman kita (ye lah, iman ni, naik turun sifatnya), memperbaiki diri di samping mengeratkan hubungan sesama Muslim yang ibarat kalau dicubit peha kiri, yang kanan pun akan terasa jua. Kalau buat equation tu, lebih kurang camni la

GERABAK TARBIYAH = USRAH (LIQA/BULATAN GEMBIRA/etc)

Haa, terkejut sikit la tu. Bila sebut pasal usrah, mungkin ada segelintir (tak semua la) yang mula timbul perasaan sedikit skeptikal and mungkin agak negatif sikit. Well, honestly, ada juga saya terfikir macam tu, tapi kita tak boleh menilai buku dari kulit bukunya, so, saya cuba beranikan diri untuk naik gerabak ini, and it was so different compared to what I have imagined before. Really, really different.
Jadi, penting lagi perlu ke untuk join gerabak nie. My answer, yes, yes and very yes. Untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam seperti yang pernah dicapai dahulu, nilai-nilai dan kefahaman Islam itu sendiri perlu ditanam ke dalam setiap diri setiap Muslim yang kini sudah pun mencecah 1.5 bilion seantero dunia. Tiada guna sebarang tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa untuk menguatkuasakan nilai-nilai Islam jika masyarakatnya masih longgar pegangannya, masih kurang kefahamannya, masih sedikit jati dirinya akan Islam yang sebenarnya. Tapi, perkara nie, sendiri-sendiri pun boleh buat, kata orang sana. Lone Ranger pun boleh survive apa?
Diorang pun berdua kot. mana boleh hidup sorang-sorang *tetiba* -kredit-
 Pergi je la surau ke, masjid ke, dengar ceramah sikit, OK apa? Again, menurut pandangan saya, gerabak tarbiyah ni adalah platform yang terbaik untuk kita menerapkan kefahaman yang sebenarnya mengenai Islam itu sendiri. Dalam gerabak tarbiyah, kita dibantu oleh naqib (orang yang lebih arif dalam gerabak ni), dan kita ada kawan-kawan yang turut berkongsi impian, semangat dan cita-cita yang sama dalam usaha memperbaiki diri dan berdakwah kepada orang lain. Ini menyediakan kita satu support system yang begitu power buat diri kita. Jadi, tak adalah tetiba kita jem and akhirnya shut down macam tu je. Kita sedang bertarung dengan syaitanirrojim dan cik hawa nafsu. Jika sekadar berseorangan melawan dua partner BFF ni, tunggu masa je untuk bendera putih itu diangkat akibat kalah dengan strategi BFF ni yang bisa menggegar iman kita.
Semestinya, tidak pernah pula saya dengar ada bayaran untuk masuk gerabak ni. Percuma ! (sekarang, masuk tandas pun kena caj, tau). Tak ada bayaran keahlian seumur hidup ke, ataupun duit tiket ke (gerabak la katakan). Memang tak ada. Habis, mana sumber kewangannya? Pertama, rezeki itu milik Allah, dan kita kena percaya itu. jika kita buat benda baik, perkara yang Allah suka, in shaa Allah akan membantu. Kedua, dari pemerhatian saya, kebanyakan ahli –ahli senior gerabak dakwah ini akan sendirinya dan ikhlasnya (in shaa Allah) mengeluarkan fulus untuk gerabak ini. Inilah yang dinamakan membelanjakan harta ke jalan Allah. Kefahaman mereka yang lebih mendalam mengenai Islam menjadikan mereka ini, (juga tidak ketinggalan ahli-ahli baru) untuk tidak segan-segan mengeluarkan duitnya demi usaha dakwah dan tarbiyah. Indah sekali, bukan. Dan tidak susah pun untuk masuk gerabak tarbiyah. Tak perlu tunggu mana-mana stesen pun. Kita cuma perlu memanggil kawan kita yang sudah naik gerabak ni untuk join, dengan senang hatinya mereka akan menghulurkan tangan, lantas mengajak anda sekali. Dan, jika anda ternampak gerabak tarbiyah ini, naik sahaja dan layanan lima bintang tanpa diskriminasi akan diberikan. Jika anda dijemput pula, jangan segan-segan untuk menerima jemputan tersebut, in shaa Allah, tiada syarat, masalah atau kontrak pun yang perlu ditandatangani.
In shaa Allah, gerabak tarbiyah akan membawa kita untuk memahami tujuan hidup sebenar, mengajak orang lain melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran, memahami Islam dari erti kata yang sebenarnya, di mana akhirnya kita akan ke Jannah, taman-taman syurgalah destinasi terakhir. Sepanjang perjalanan, reda dan kemuliaan serta rahmat Allah akan sentiasa berlimpah-ruah. Percayalah, jika kita berada dalam gerabak tarbiyah, insya Allah, kita akan sentiasa terpelihara.
Islam itu tidak pernah mengenal darjat, pangkat dan kekayaan yang dimiliki. Semua orang sama, hanya takwalah yang menjadi KPI atau penanda aras darjat seseorang di sisi Allah. ‘Boleh atau layakkah saya menyertai gerabak tarbiyah ini’ tidak pernah menjadi persoalan. Jika seseorang itu merasakan dia tidak cukup baik untuk menyertai gerabak tarbiyah, inilah masa terbaik untuk anda menyertainya. Segala pertolongan akan diberikan dalam usaha untuk menjadi baik. Tidak akan ada pandangan mata yang sinis, tidak akan ada ejekan-ejekan pedih. Dalam Islam, peluang untuk bertaubat dan berubah sentiasa terbuka, selagi mana matahari itu terbit dari timur, jangan pernah berputus asa dengan Allah. Jangan pernah sesekali. Bagi mereka yang sudah baik, ini juga masa untuk anda menjadi lebih baik dari sebelumnya, meningkatkan kefahaman yang sudah sedia ada, in shaa Allah, tidak akan rugi walau sedikit pun.
jom repair mr.heart ni :) -kredit-

Tidak kisahlah gerabak tarbiyah mana pun yang menjadi pilihan hati, tepuk dada tanyalah iman. Sheikh al-Maududiyy (salah seorang tokoh penting gerabak tarbiyah nie) juga pernah berkata, “Marilah menyertai kami dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi ini, jika anda rasa tidak sesuai dengan Jemaah (gerabak tarbiyah) kami, pilihlah Jemaah lain. Jika tidak sesuai juga, maka tubuhkanlah yang baru”. Ini tidak pernah menjadi penghalang untuk gerabak terbiyah untuk terus berjalan. Biarpun berlainan gerabak, namun akhirnya, pasti akan bersatu jua, kerana kita berjuang atas satu tujuan yang sama, kerana Islam, in shaa Allah. Yang penting, jangan bergerak sendiri, bimbang-bimbang kita akan terjerumus dan menyertai anasir-anasir untuk menjatuhkan Islam, sama ada kita sedar ataupun tidak. Akhir sekali, perbaiki niat, ikhlaskan diri dalam menaiki gerabak tarbiyah ini. Jika tidak, mungkin kita tidak mampu mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan dalam gerabak ini sebaiknya dan penamatnya, akan keluar begitu sahaja dari gerabak tarbiyah akibat kurangnya ikhlas, dan salahnya niat. Nauzubillah.

‘You’ll Never Walk Alone’. Jom Masuk Gerabak Tarbiyah !

i.j.

Harapan.

Berhenti Berharap
-kredit-
                Dia terduduk lagi. Tidak mampu rasanya untuk dia menanggung segala rasa ini keseorangan. Sememangnya dia seorang hamba, manakan mungkin mampu untuk mengharunginya sendirian. Fitrah seorang hamba itu sesangatlah memerlukan tuannya untuk menjaganya. Sangat memerlukan.
                Dan dia, seorang hamba. Hamba kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa. Segala perintah, cegahan daripada Allah itu sewajibnya diikuti setaatnya. Dan di saat dia sangat menyedari dirinya itu hanyalah makhluk yang lemah, tidak berdaya, kerdil lagi hina di hadapan Tuhannya yang Maha Berkuasa, dia masih lagi mampu untuk menyombongkan diri, melanggar perintahNya, sesuka hatinya. Bukan dia tidak tahu, malah dia cukup arif akan betul salahnya perbuatannya. Namun, mata dipejam, akal yang ada, ditinggalkan, malah nafsu yang menjadi kiblat hidupnya saat celaka itu. Alangkah takburnya hambaMu ini, ya Allah !
‘Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan HAWA NAFSUnya sebagai TUHANnya, dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengarannya dan hatinya serta meletakkan penutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran ?
Surah al-Jathiyah (Yang Berlutut) 45:23
                Tidak pernah dapat dinafikan, sememangnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, maghfirahNya terlampau luas buat hamba-hambaNya, namun seringkali juga makhlukNya yang bernama manusia terlupa, bahawa Allah itu juga Maha keras hukumannya, pedih juga azabNya buat hamba-hamba yang ingkar akan perintah, angkuh, tidak pernah peduli akan hakikat diri sendiri.
                Dan kini, dia bersimpuh lemah, sekadar mampu tertunduk, lantas tangan diangkat, jari-jemarinya disusun cermat, memohon keampunan kepada Allah akan segala dosa-dosanya. Sesungguhnya, dia amat mengharap agar taubatnya diterima. Tidak dinafikan, sudah berkali-kali tangan ini ditadah, namun akhirnya dia mengalah, tiada mujahadah, lantas bisikan sang syaitan laknatullah dan nafsu yang menjadi penunjuk arah. Namun, dia tidak akan berputus asa akan rahmat Allah kerana dia sedar Allah sangat membenci hamba-hambaNya yang berputus asa akan kasih sayang Allah, kerana Allah itu sangat sayang akan hambanya, begitu sayang sehingga melampau kasihnya seorang ibu terhadap anaknya.
-kredit-
                  Allah itu sangat menyukai akan hambaNya yang sentiasa bertaubat. Sehinggakan mereka inilah yang bakal menjadi kebanggan Allah di hadapan para malaikat yang taat. Maka, itulah yang diharapkannya, kebanggaan Allah, bukan kebanggaan manusia yang dicari.
                Dia tekad, dosa-dosa itu tidak akan diulangi. Tidak akan pernah diulangi. Dosa itu sendiri, sifatnya memusnahkan. Ibarat api dalam sekam, jika dibiar akan hangus leburlah sekam. Ibarat gunting dalam lipatan, akhirnya akan terpisahlah lipatan. Dosa-dosa yang terus terkumpul, akan terus berparasit di hati, ibarat noda hitam, jika terus dibiarkan menggunung, keraslah hati. Malah kerasnya mampu melebihi batu yang masih boleh dilekukkan oleh air. Dia tidak mahu hatinya keras, matanya buta, telinganya pekak dan dirinya tuli dek kerana sombong, takbur yang terus merantai diri !
                Ya Allah, engkau tempat aku bergantung, tidak ada tempat lain untuk aku mengadu akan lemahnya diri ini, selain kepadamu ya Allah… Hulurkanlah pertolonganMu di saat hambaMu ini ingin bermujahadah, melawan segala musuh, segala tarikan yang bakal menjerumuskan diriku ke lembah hina. Istiqamahkan diriku ya Allah dalam melakukan segala amal ibadah, kurniakanlah nur hidayah, yang akan terus menyinari hidupku sehingga ke akhirnya kelak… In shaa Allah.

Amin, ya Rabbal Alamin… Makbulkanlah, ya Allah…
-kredit-
i.j.