Monday 30 December 2013

wanita

PERHIASAN DUNIA ?

Bismillahirrahmanirrahim J

Perhiasan dunia? Ape eh? Banyak je kan perhiasan dalam dunia nie yang lawa-lawa, comel molek. Yang mahal ade, murah ade, pendek kate banyak lahh. Tapi kan, yang paling lawa ape eh ? J



“Al’maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha”
(Wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan isinya)

Sokmo je kan kita dengar ayat tu, “Seindah hiasan dunia ialah wanita solehah”. Popular la ayt ini. Semua orang tahu, semua orang sebut. Even mahal mana pun perhiasan tu, comel mane pun, berkilat mane pun, diperbuat dari kaca ke permata ke ape, TAPI takkan pernah mampu untuk menandingi kecantikan wanita solehah. Tu lah perhiasan yang PALING berharga dalm dunia nie J 

So nk cakap kat sini betapa istimewanya kan menjadi seorang perempuan ini? J

Tapi wanita solehah tu macam mane eh?Senang je ke nk jadi wanita solehah tu?Dulu saya selalu sahaja mengangguk kalau ada yang berpesan ‘ Nanti jadi anak yang solehah ye, solehah yang dapat mendoakan kedua ibu bapa nanti” . Maksud solehah yang saya hadam ketika itu adalah perempuan yang baik, mudah sahaja. Hari ini saya melihat dunia. Dunia reality dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk dicari. Sayang rasa dan pendam sendiri. Untuk menjaga aurat dengan sebaiknya, menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan, menjaga pandangan. Untuk menjaga iman dan akal hati. Sentiasa terdetik dalam hati ini, 

“YA ALLAH susahnya untuk menjadi wanita solehah iniini, Bertalu talu ujian yang menimpa.”
Firman ALLAH SWT di dalam surah al Jathiah ayat 23 :

“Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan ALLAH membiarkan sesat berdasarkan ilmunya. Dan ALLAH telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?Maka siapakh yang mampu memberinya petunjuk setelah ALLAH membiarkannya sesat?Mengapa kamu tidak ambil pengajaran?”

SubhanALLAH..Takutnya.. Takutnya kalau ALLAH mengunci hati ini. Betapa susahnya kan nak capai title ‘muslimah sejati’ tu. Syaitan sentiasa menggoda kita. Tapi tu sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri jugak. Sama ada hati kita kuat ke tak nak melawan godaan syaitan tu. Hati manusia nie pulak berbolak balik. Kan dalam diri setiap manusia tu ade je perasaan nk berubah jadi lebih baik, even sikit pun. Tipu la kalau takde. Tapi sama ada hati kita kuat ataupun tidak nk melakukan perubahan tu. Bila dah berubah, nak istiqamah pulak dah jadi susah. Kite kene ingat tau syaitan nie ade je skmo nk hasut kite jadi jahat balek. Tapi tu la ujian kan? Ingat senang ke nak jadi baek nie? Susah laaaa. Tapi tu la, hati nie haa kena KUAT. And untuk hati yang berbolak balik, doa la senjata yang paling mujarab. Nak lawan nafsu nie nie bukan senang. Perkara yang sangat susah. But then, knape kite perlu senang sgt nk berputus asa nk lawan nafsu tu? Bila berubah knape nk mudah sgt nk putus asa nk jadi baek tu?Fikirla yang terbaek. Hidup kat dunia nie sementara je, yang kekal di akhirat sana. Typical orang sekarang, pakai tudung labuh je ustazah. Jubah je ustazah. Pedulikanlah ape orang nak cakap tu. Bukan kita gune kain dyeorang pun.


Tapi bukan la nk cakap nk jadi muslimah sejati tu kena pakai tudung labuh. Tapi ISLAM mewajibkan seorang wanita tu untuk menutup aurat dengan sempurna. So buatlah apa pun untuk pastikan kita tutup aurat dengan sempurna. And yang pasti dalam AL QURAN ade menyebut supaya kita melabuhkan tudung.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)


 So ? JSungguh, mujahadah itu pahit. Tapi yang pasti syurga menanti J

Kan wanita solehah itu kuat jiwanya, teguh azamnya. Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyakah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati ini dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik. Muslimah juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempesona itu. Muslimah sejati bukannya dilihat dari sifat mesranya bergaul tetapi dilihat sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada ALLAH,dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Jom same2 kite berusaha untuk jadi muslimah yang sejati insyaALLAH ! ^^



SR ^^

Wednesday 25 December 2013

hadis ghulam: intipati

gambar alam memang osem, haha

‘Jiwa kosong, jiwa yang tiada Tuhan di dalamnya, apa yang dibuat hanya nak puaskan kehendak dan minat diri semata mata. Semuanya kosong’ – revisi supperRohani 20.12.13

Assalamualaikum dan semoga sejahtera dunia akhirat!

Alhamdulillah, pertama tamanya, kita panjatkan setinggi tinggi kesyukuran kepada Allah yang satu kerana memberi kita peluang untuk hidup lagi sehingga ke hari ini, walau banyak dosa dan larangan Allah yang kita buat banyak kali. Dan kadang kadang, kesalahan yang kita tahu itu kita tetap ulang hari demi hari, but somehow, Allah still bagi kita peluang untuk hidup dan mencari rezeki di bumi yang kaya raya ni. Sangat dahsyat kesabaran Allah kan? Osem. Syukur. Seribu kali syukur.

Baiklah! Berbalik kepada tujuan asal post ini ditulis, sama lah seperti tajuknya yang terdiam baik di atas, mari lah kita cuba untuk revisi eksplorasi sikit sikit mengenai hadis ghulam yang pernah di katakan sebelum ini. Oh, jika ada yang masih tidak sempat untuk tahu mengenai hadis ghulam ni ( toki doki di panggil hadis pemuda) , sila lihat di sini.


So, secara ringkasnya, jom kita cuba ingat balik mengenai hadis tadi. Well, hadis ni melibatkan kisah sang pemuda, yang dipilih oleh pemerintah untuk menuntut ilmu sihir dengan si tukang sihir. Dan pada satu hari, al kisah bermula tatkala si pemuda bertemu Rahib, insan yang beramal dengan ilmu langit dan pada masa itu jugalah, sang pemuda berminat untuk belajar dengan si Rahib itu tadi. Kisah tragedik si pemuda berupaya membunuh singa menggunakan batu dengan izin Allah, menguatkan lagi keyakinan si pemuda untuk mengaji dengan si Rahib, dan at the same time, si pemuda menuntut dengan tukang sihir. Epik bermula apabila si pemuda berkata kepada si pejabat raja ( ala-ala pekerja raja ) yang sakit untuk berdoa kepada Allah jika mahu sembuh dek kerana tiadalah upayanya si pemuda untuk menyembuhkan. Dan dengan izin Allah, pejabat raja pun sihat walafiat. Namun, kisah tragis ini diteruskan tatkala pemerintah yakni raja marah apabila si pejabat raja, rahib dan pemuda mengatakan bahawa dia bukanlah Tuhan yang sebenar. Tuhan yang satu hanyalah Allah dan kesannya, maka di bunuhlah si pejabat raja dan rahib dengan kejam yakni di gergaji tubuh badan mereka kepada dua. Kejam. Sangat kejam. Namun, raja tidak terus membunuh pemuda, tetapi menyuruh beberapa orang-orang raja untuk bawa si pemuda ke gunung nan tinggi dan tengah tengah laut biru, dan jika si pemuda masih tidak mahu pulang ke agama asal, bunuhlah dia dengan mencampak dari puncak gunung atau humban kan sahaja ke dalam laut. Ironinya, si pemuda masih hidup. Klimaks berlaku apabila pemuda katakana bahawa, raja hanya mampu membunuh pemuda dengan hanya menggunakan wadah panahnya, dan panahlah dirinya tatkala dirinya di salib di batang pohon, di hadapan himpunan orang ramai, di padang luas dengan syarat raja berkata “dengan nama Allah, Tuhan sang pemuda”. Dengan izin Allah jualah, si pemuda mati dan domino-effect nya, ramailah yang beriman dengan Allah, dan raja yang keji perangainya itu menyuruh di masukkan insan insan yang masih mahu beriman kepada Allah ke dalam parit yang terdapat nyalaan api di dalamnya. Satu elemen osem wujud tatkala bayi berkata-kata kepada  ibunya yang masih ragu untuk terjun ke parit itu kerana mereka berada di jalan kebenaran. 

Tamat.

Fuhh. Dahsyat bila kita fikirkan balik hadis ni. Tak sama rasanya dengan kedahsyatan masalah negara yang kita dengar hari hari. Sebab kalau kita ulang ulang, macam saya cakap sebelum ni, rasa kita berada dekat sangat situasinya. Sama. Hampir sama.

Oleh itu, bergerak ke sesi pemahaman kedua, *chewah* kita lihat watak watak yang diceritakan dalam hadis ini. Well, kita dapat lihat, watak paling besar nya adalah si pemuda dan si raja, yang samalah peranannya sebagai main actor dengan encik shah rukh khan dalam filem filem Bollywood. Si pemuda, yakni si muda belia, yang ada kudrat kuat, gagah perkasa, di cari oleh si pemerintah, yakni insan yang menguasai, ataupun ada kuasa dalam membuat sesuatu keputusan bagi pihak yang lain. Next, si tukang sihir, watak yang maher dalam ilmu sihir sihir, dan ilmu sihir yang kita mudah nak faham di sini, ialah ilmu perubatan yang, secara magisnya, mampu ubatkan pesakit yang sakit. Kunun. Seterusnya, rahib yang mengajarkan ilmu Allah, atau sekarang kita cakapkan ilmu yang berkaitan tauhid dan ilmu berkait dengan Allah swt. 

Watak watak tambahan pun ada contohnya si singa, bayi yang berkata kata bersama-sama ibunya dan orang kampung. Watak watak tambahan ini juga penting untuk membuat kisah hadis ini menarik. Oh, sangat menarik.

Baik, sekarang kita cuba fikir secara lebih luas, tak terperuk dengan huruf huruf jepun semata. Kalau orang tua tua dulu kata, fikir di luar kotak. Hmm, let see. Kisah hadis yang diceritakan ini sememangnya kisah yang benar lah as nama pun hadis yang datangnya daripada Rasulullah sendiri.ok, untuk membuat diri kita ada ter*rasa dengan kisah ni, cuba kita ubah situasi yang berlaku dalam kisah ini kepada kisah eksklusif kita, yakni insan yang hidup dalam tempoh yang kununnya, serba serbi canggih dari sekecil kecil benda sampailah ke sebesar besar alam. Fikir sekejap, masukkan diri kita dalam diri si pemuda, dan lihat sekeliling, siapakah sebenar benarnya manusia ataupun watak watak selain dari si pemuda tadi? Dan bagaimana watak itu tadi memberi kesan kepada diri anda secara langsung atau tidak langsung? Nampak? Kalau tak, cuba fikir dalam konteks negara ni sendiri, kenapa macam macam  inisiatif ataupun dasar dibuat untuk tambahkan jumlah orang orang bijak kat Malaysia ni. Boleh? Cuba pelan perlahan.

Jika kamu kamu sudah mula faham apa yang cuba disampaikan, mungkin ada yang dah mula tersengih kerana dah dapat relate kan kehidupan kalian yang hectic itu dengan kisah hadis yang Allah mahu kita ambil pengajaran daripadanya. Kalau ada yang masih buntu, apa sebenarnya makhluk ni cuba sampaikan, berbelit belit, jom kita cuba refleksi sikit kehidupan kita kita yang .. hmm.

Pertama, si pemuda, yakni insan yang ada ilmu pengetahuan kerana bukan lah calang calang orang raja pilih untuk belajar ilmu sihir, atau perubatan ni. Si pemuda ni mesti insan yang akalnya bergeliga, boleh faham sesuatu dengan cepat dan mudah untuk belajar ilmu. Dalam era kita ni, kiranya tensai ( bijak genius) punya manusialah. Namun, tak nak bagi kita ni kembang dek kerana perasan kita ni tensai orangnya, eloklah kita faham sebagai insan mampu dan ada keinginan untuk mempelajari satu ilmu yang baru. So,  selesai satu. Bayangkan diri anda sebagai si pemuda tadi. Bagi ada kesan kesan khas sikit chewah.

Next, si pemerintah boleh lah dikaitkan sebagai pemerintah pemerintah di luar sana yang mencari mencari student untuk dijadikan orang orang mereka, dalam kata yang lain, bekerja dengan mereka. Contoh, dari pihak ~sekian sekian~ telah bagi kamu kamu semua duit biaya banyak banyak, dan hasil daripada duit itu, kamu akan teruskan dengan pengajian, dan kemudian besar kemungkinan kamu akan bekerja dengan mereka, atau kerja menambahkan lagi aset kerajaan dan menggemukkan lagi poket negara, berbakti kepada negara terchenta. Chewah. So, si pemerintah ini adalah orang yang berkuasa untuk ambil kita, bagi lah kita duit atau apa yang kita nak sekalipun dan kemudian, kita sebenarnya kerja bawah mereka. Erk. Korang korang boleh fikir dalam side yang baik je lah ye. Ha! Pemerintah ni jugak, kalau nak relate dengan zaman sekarang, kira syarikat syarikat besar besor kat luar sana. Erm. Faham?


Ok, seterusnya, si ahli sihir. ha, untuk ahli sihir ni, korang jangan salah faham sihir yang boleh terbang2 ataupun sihir sesat yang lagi menyesatkan tu. Sihir yang ni kita fikir sebagai satu cabang ilmu la. Dari kisah ini, rasanya, lebih mudah untuk kita faham sebagai ilmu perbatan, yang boleh sihatkan manusia hasil daripada ilham dan ilmu Allah. But, kita boleh jugak masukkan situasi kita, dalam erti kata lain, andai korang sedang berpeluh menelaah bidang engineering, kita anggap sebagai bidang engineering, kalau kita sibuk mengkaji ekonomi ataupun sastera bagai, kita anggap macam tu. Barulah boleh masuk dengan kisah ini dan dapatlah pengajarannya. Yep! So tukang sihir ini adalah pemberi ilmu atau ada yang ayat kontroversinya, lecturer etc lah. Eh! Jangan ingat tukang sihir ni sesat ke plak, ataupun yang cuba aku kaitkan sebagai ‘lecturer’ tu , aku nak cakap lecturer tu sesat. Bukan bukan. Tu korang yang sesat. Maksud aku adalah lecturer ni adalah insan yang ada ilmu banyak dalam satu bidang dan tugas dia nak sampaikan ilmu yang dia ada tu kepada kita kita nil ah, waris negara katanya. Bukan berniat nak menimbulkan persoalan besar besar, tapi dengan kita buat persamaan watak ni, lebih mudah untuk kita nak try hadam hadis ni inshaAllah. Haik boss!


Untuk si rahib, boleh lah kita katakan sebagai alim ulama, takpun ustaz takpun insan insan yang anda percaya bahawa dia adalah orang yang sentiasa berusaha nak sebarkan ilmu Allah, jalan kepada Allah, yang ada pengetahuan tentang ilmu Islam Allah.


Baiklah, sesi pemahaman seterusnya, mari kita kaitkan watak watak dalam kisah hidup kita sekejap. Kronologi lebih kurang sama, kita keluar dari sekolah menengah, mana yang ada result cantek sikit, akan ditarik oleh scholar scholar di luar sana yang berlambak lambak, mana yang kurang bernasib baik akan teruskan pengajian kat pusat pengajian yang wujud di Malaysia nih. Seterusnya, selepas kita habiskan pengajian, kita akan teruskan dengan bekerja, untuk bayar balik pinjaman bagi yang meminjam, dan bagi yang peroleh scholar, mostly akan prefer untuk kerja bawah syarikat itu sendiri atau yang tidak ada peraturan kena kerja under pemberi scholar ke apa, at the end kita akan kerja, dan cycle itu still akan berlaku juga.

Eh, cop! Kerja dakwah mana? Kerja nak tau ilmu akhirat mana?

Tertinggal kah? Realitinya, dunia sekarang memang begitu, cakap cakap yang menyuruh kita nak buat kerja dakwah ini kita akan ketepikan. Kata kata yang mengajak kita untuk belajar tentang keesaan Allah kita akan letakkan sebagai pilihan kedua. Kata lainnya, kita akan cakap, ‘nanti nantilah, kalau hima (lapang) nanti kita ambil tahu lah’. Tak pun kita memang tak nak ambil tahu langsung. Sangat keras pendirian anda kalau begitu. Tapi, tak boleh juga nak terus salahkan orang macam tu, kita juga ada salahnya, buat insan insan yang rasa dah terbasah dek inisiatif usrah hati-ke-hati yang berusaha pujuk kita jadi manusia yakni muslim dan mukmin yang berpegang pada jalan Allah. Kadang kadang perilaku kita sendiri yang membuatkan orang kat luar sana berfikir, sama sahaja kesannya sama ada kau join dakwah *or* usrah, still sama. So, fikir fikir sikit.


Eh, dah terlari jauh pulak. Ok, so kalau kita lihat si pemuda tadi, walaupun dia dah dapat petunjuk Allah bahawa ajaran si rahib adalah benar, dia masih lagi menuntut dengan si tukang sihir, memasterkan dirinya dengan ilmu si tukang sihir. kenapa dia tak stop terus? Pada awalnya, aku sendiri tertanya-tanya, kenapa, mengapa dan apa sebenarnya yang berlaku. Chewah. Skema. Tapi, kalau kita fikir lah kan, seseorang itu akan dipandang atau tidak jika dirinya tidak berilmu, antara manusia yang selalu cakap kosong, menyusahkan orang lain dan selalu buat benda-benda yang mencerminkan dirinya tak ada ilmu dengan si professor yang boleh la jugak kita cakap pandai, bijak dan genius, mana yang korang lebih hormat? Semesti mestinya lah,mesti korang akan pilih si professor tadi. Bukan nak cakap kena ada ilmu tinggi tinggi, nanti takut jatuh riak pulak kita ni. Tapi, nak katakan, secara tidak fantasinya, memang kita cenderung untuk lebih pandang orang yang berilmu ini kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ye idok? So, sama lah situasinya dengan si pemuda itu tadi, walaupun dia tahu ilmu Allah itu sememangnya ilmu yang benar, dia still mempelajari ilmu dengan tukang sihir kerana dia tahu kalau dia nak tegakkan ajaran Allah, dia kena dapatkan perhatian daripada semua orang supaya orang tahu akan kebenaran yang sebenar tu. So, dia gunakan pengetahuan ilmu sains nya itu sebagai alat bagi mencapai matlamat asal yakni nak bagi orang lain tahu akan Allah. Hebat. Bijak. Memang bijak.


Scene di mana si pemerintah tidak terus membunuh si pemuda, menunjukkan kepada kita yang si pemerintah itu tidak ada apa apa kuasa pun, sebab dia still berharap bahawa si pemuda itu kembali kepada agama asal untuk dia gunakan segala kefahaman yang dah si pemuda tahu daripada si tukang sihir. kalau zaman sekarang, nak tunjuk kat kita duit gaji bagai belum jamin apa-apa, ilmu yang kita ada amatlah diperlukan untuk bangunkan negara, satu satu syarikat atau apa sekalipun. But, mungkin sekarang lain sikit, sebab kalau kita di fire sekalipun, banyak lagi graduan di luar sana yang boleh di ambil kerja. Tapi, nak bagitahu kita bahawa, dalam diri orang yang berkuasa atas kita itu sendiri, rasa takut still ada sebab golongan seperti itu mahukan ilmu yang ada pada kita, bukan seperti Allah yang sudah sedia ada ilmu yang maha luas. Sangat berbeza.

Kat sini, nak ditekankan bahawa, walau kita sibuk menelaah ilmu pelajaran yang kadang kadang buat kita gila sekejap, kenalah kita cari masa untuk luangkan masa untuk Alllah. Waktu untuk baca al-Quran, waktu untuk kita berdakwah even dalam dakwah dalam bentuk paling simple sekalipun, tidak mahu tidak, kena jugak kita spend. Sebab takut nanti, masa kita jadi tak berkat. Kadang kadang belajar banyak mana sekalipun, exam, shiken dan sebagainya still tak perform. Mungkin itu tanda tanda daripada Allah yang Allah juga boleh kedekut masa dengan kita kalau kita kedekut masa dengan Allah. Betul. Ini betul betul punye cerita.

Apa lagi yang boleh kita dapat daripada hadis ghulam ni? Mungkin ada yang tersalah faham bila ada satu part dalam hadis tu yang cakap begini.

Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir’.


Ada yang salah guna hadis ni dan mengatakan Islam membenarkan kita menipu. Islam tidak sesekali membenarkan kita menipu. Tiada istilah bohong sunat dalam Islam. Cuma dalam kes ni, situasinya berbeza. Cuba bayangkan kalau si rahib tak suruh ghulam buat macam tu. Apa akan jadi? Ghulam dah tidak boleh belajar ilmu dari si rahib. Terputus ilmu. Islam tak ke mana. Tipu tidak pernah dibenarkan dalam Islam kerana keburukannya yang besar. Namun dalam situasi di mana keburukan akan menjadi lebih besar sekiranya tidak menipu, maka ketika itu hukumnya adalah wajib menipu.

Sama juga situasinya di zaman Rasulullah, berkenaan dengan kisah Ammar. Bila dia sudah nyaris dibunuh, dia mengatakan dia tidak beriman dengan Allah dan RasulNya, meskipun hatinya tidak mengiakannya. Rasulullah iktiraf perbuatan dan iman Ammar kerana dalam keadaan darurat.Di dalam Islam, kita dibolehkan membuat helahan dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran. Contoh macam kita la kan, mungkin kalau nak pergi program agama, ayah dan ibu kita tidak beri izin. Apa kita nak buat? Jangan berbohong, tapi berdalih. Katakan pada ayah dan ibu kita, kita nak pergi program motivasi. Kita tak berbohong, bukan? Sebabnya kalau kita program agama, dengar kisah ghulam misalnya, kita akan termotivasi, bukan?

Macam jugak dalam kisah Rasulullah SAW. Rasulullah lihat ada seorang pemuda Mukmin yang dikejar oleh musuh. Musuh tersebut tidak mengenali Rasulullah dan bertanyakan Rasulullah, adakah Rasulullah melihat pemuda tersebut. Apa Rasulullah lakukan? Rasulullah ubah kedudukan dia dengan melangkah ke tempat lain dan Rasulullah mengatakan, ”Sewaktu aku berada di sini, aku tidak melihatnya”. Rasulullah menipu ke? Tidak, tetapi sebaliknya Rasulullah berdalih.

Macam jugak perjalanan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Bila ada yang bertanyakan Saidina Abu Bakar, siapakah Rasulullah, Saidina Abu Bakar mengatakan bahawa Rasulullah itu adalah ’penunjuk jalan’ untuk menjaga keselamatan Rasulullah. Mungkin di mata orang yang bertanya, Rasulullah adalah orang yang tahu selok belok perjalanan ke sesuatu tempat, tetapi di hati Saidina Abu Bakar, dia tahu bahawa Rasulullah adalah ’penujuk jalan’ yang lurus. Saidina Abu Bakar berbohong ke? Tak, sebaliknya berdalih.

Dalam hadis ghulam ni juga ditekankan tentang kepentingan menjaga ’sirr’/ kerahsiaan.

Sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku”.

Kenapa rahib tidak benarkan ghulam menunjukkan diri si rahib? Sebab ni adalah perkara kerahsiaan. Ada perkara yang kita perlu jaga dalam perjuangan sebab musuh Islam sentiasa mencari jalan menghancurkan kita. Kerahsiaan (sirr) dan berhati-hati (hazar) ini adalah salah satu strategi dalam Islam. Mereka yang benar-benar yakin, Istiqomah, sabar dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan. Malah hadis ini diletakkan dalam bab sabar di dalam kitab Riyadhus Salihin. ( perihal penerangan tentang isu berdalih dan isu kerahsiaan diperoleh daripada farairina.blogspot.com).

Baiklah! Sedikit sebanyak, dapatlah jugak kita faham tentang hadis ghulam ni. Tambahlah juga pengetahuan kita kan. Tapi nak diingatkan sekali lagi, bahawa, intipati dan ulasan ini hasil daripada pemahaman si penulis dan tengok tengok internet supaya ilmu bermanfaat seperti ini mapu bagi kita something. Tak begitu? So, kenapa encik, cik, tuan, puan, di luar sana, ingatlah, Allah itu sentiasa ada di mana-mana. Berusahalah untuk dekatkan diri kita kepadaNya. Allah itu maha penyayang. inshaAllah kita akan peroleh bahagia.

Salam cuti rabu. Sayonara!




Saturday 14 December 2013

hadis ghulam bahagian 1


Dengan nama Allah, Tuhan pencipta seluruh alam semesta, yang mencipta sesuatu dengan penuh details, dan tiada sesiapa pun boleh nak lawan kekuasaan Allah s.w.t. yang giler osem dan sangat besar kekuatannya itu.

 Haik! Hari ni, jom kita revise semula satu lagi hadis yang sangat dekat dengan diri kita yang masih muda lela lagi ni. Dan kalau kita tengok hadis ni dalam dalam, memang sangat kena dengan kedudukan kita ni yang belajar hari hari dan kadang-kadang, kita pun dah konfius kenapa kita nak belajar kan? Cewah.



Ok, hadis yang dimaksudkan ialah Hadis Ghulam, hadis sang pemuda yang memang banyak persamaan dengan hidup kita. Tapi, before kita ingat balik and nak tahu apa yang kita boleh dapat, jom baca balik dan fahamkan balik hadis tuu. Jom!

Dari Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada seorang raja pada zaman sebelum kalian. Ia memiliki seorang tukang sihir. Ketika tukang sihir itu telah tua, ia berkata kepada sang raja, ‘Sesungguhnya usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Karena itu, utuslah kepadaku seorang anak muda agar aku ajari sihir’.

Maka diutuslah seorang pemuda yang kemudian ia ajari sihir. dan jalan Antara raja dengan tukang sihir itu terdapat seorang rahib. Pemuda itu mendatangi sang rahib dan mendengarkan pembicaraannya. Sang pemuda begitu kagum kepada rahib dan pembicaraannya.

Begitu ia sampai kepada tukang sihir kerana terlambat serta merta ia dipukulnya seraya ditanya, ‘Apa yang menghalangimu?’

Dan apabila sampai di rumahnya, keluarganya memukulnya seraya bertanya, ‘Apa yang menghalangimu (sehingga terlambat pulang)?’

Lalu, ia pun mengadukan halnya kepada sang rahib. Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku.Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir.’

Suatu kali, ia menyaksikan binatang besar dan menakutkan yang menghalangi jalan manusia, sehingga mereka tidak boleh menyeberang. Maka sang pemuda berkata, ‘Saat ini aku akan mengetahui, apakah perintah ahli sihir lebih dicintai Allah ataukah perintah rahib. Setelah itu ia mengambil batu seraya berkata, ‘Ya Allah, jika perintah rahib lebih engkau cintai dan redhai daripada perintah tukang sihir maka bunuhlah binatang ini, sehingga manusia boleh menyeberang’. Lalu ia melemparnya, dan binatang itu pun terbunuh kemudian ia pergi. Maka ia beritahukan halnya kepada rahib. Lalu sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku.’

Selanjutnya, pemuda itu boleh menyembuhkan orang buta, sopak dan segala jenis penyakit.Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya.Alkisah, ada pejabat raja yang tiba tiba buta.Ia mendengar tentang pemuda itu. Maka ia membawa hadiah yang banyak kepadanya seraya berkata, ‘Sembuhkanlah aku, dan engkau boleh memiliki semua ini!’ Pemuda itu menjawab, ‘Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang. Yang boleh menyembuhkan adalah Allah Azza wa Jalla.

Jika anda beriman kepada Allah dan berdoa kepadaNya, nescaya Dia akan menyembuhkanmu. Ia lalu beriman dan berdoa kepada Allah dan sembuh. Kemudian ia datang kepada raja dan duduk di sisinya seperti sedia kala.

Sang raja bertanya, ‘Wahai fulan, siapa yang menyembuhkan penglihatanmu?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku’. Raja berkata, ‘Saya?’‘Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah,’ tegasnya.Raja bertanya, ‘Apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku?’Ia menjawab, ‘Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’.

Demikianlah, sehingga ia terus-menerus diseksa sampai ia menunjukkan kepada sang pemuda. Pemuda itu pun didatangkan.Sang raja berkata, ‘Wahai anakku, sihirmu telah sampai pada tingkat kamu boleh menyembuhkan orang buta, sopak dan berbagai penyakit lainnya.’Sang pemuda menangkis, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Azza wa Jalla. Raja berkata, ‘Aku?’ ‘Tidak!’, kata pemuda. ‘Apakah kamu punya Tuhan selain diriku?’Ia menjawab, ‘Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.’

Lalu ia pun terus diseksa sehingga ia menunjukkan kepada rahib. Maka rahib itu pun didatangkan.Sang raja berkata,’Kembalilah kepada agamamu semula!’Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada pejabat raja yang (dulunya) buta juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’Ia menolak.Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada sang pemuda juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak.
Lalu bersama beberapa orang ia dikirim di gunung ini dan itu. (Sebelumnya) sang raja berkata, ‘ Ketika kalian telah sampai pada puncak gunung maka bila ia kembali kepada agamanya (biarkanlah dia). Jika tidak, maka lemparkanlah dia! Mereka pun berangkat. Ketika sampai di ketinggian gunung, sang pemuda berdoa,

 ‘Ya Allah, jagalah diriku dari mereka, sesuai dengan kehendakMu. Tiba-tiba gunung itu menggoncang mereka, sehingga semuanya tergelincir.Lalu, sang pemuda datang mencari sampai bisa bertemu raja kembali. Raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’

Ia menjawab, ‘Allah menjagaku daripada mereka’.

Kembali ia dikirim bersama beberapa orang dalam sebuah perahu kecil. Raja berkata, ‘Jika kalian berada di tengah lautan (maka biarkanlah ia) jika kembali kepada agamanya semula. Jika tidak, lemparkanlah dia ke laut yang luas dan dalam.Sang pemuda berdoa, ‘Ya Allah, jagakan aku dari mereka, sesuai dengan kehendakMu’. Akhirnya mereka semua tenggelam dan sang pemuda datang lagi kepada raja. Sang raja bertanya, ‘ Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’ Ia menjawab, ‘ Allah menjagaku dari mereka’.
Lalu sang pemuda berkata, ‘Wahai raja, kamu tidak akan bisa membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang aku perintahkan. Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan maka engkau akan boleh membunuhku. Jika tidak, engkau tak akan boleh membunuhku’.

Raja penasaran, ‘Perintah apa?’

Sang pemuda menjawab, ‘Kumpulkan orang-orang di satu padang yang luas, lalu saliblah aku di batang pohon. Setelah itu ambillah anak panah daripada wadah panahku, lalu ucapkan, ‘Bismillahi rabbil ghulam (dengan nama Allah, Tuhan sang pemuda). Maka (raja memanahnya) dan anak panah itu tepat mengenai pelipisnya.Pemuda itu meletakkan tangannya di bahagian yang terkena panah itu lalu meninggal dunia.
Maka orang-orang berkata, ‘Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda’. Lalu dikatakan kepada raja, ‘Tahukah anda, sesuatu selama ini Anda takutkan?Kini sesuatu itu telah tiba, semua orang telah beriman’.

Lalu ia memerintahkan membuat parit-parit di beberapa persimpangan jalan, kemudian dinyalakan api di dalamnya. Dan raja pun bertitah, ‘Siapa yang kembali kepada agamanya semula, maka biarkanlah dia. Jika tidak, maka lemparkanlah dia ke dalamnya’.Maka orang-orang pun menolaknya sehingga mereka bergantian dilemparkan ke dalamnya.Hingga tibalah giliran seorang wanita bersama bayi yang sedang disusuinya. Sepertinya, ibu itu enggan untuk terjun ke dalam api.

Tiba tiba sang bayi berkata, ‘Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran’.”

(HR Ahmad dalam al-Musnad, 6/16-18, Muslim dan An-Nasa’I dari hadith Hammad bin Salamah. Dan An-Nasa’I serta Hammad bin Zaid menambahkan, yang keduanya dari Tsabit. Dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari jalan Abdurrazak dari Ma’mar dari Tsabit dengan sanad darinya. Ibnu Ishaq memasukkannya dalam Sirah dan disebutkan bahawa nama pemuda itu adalah Abdullah bin At-Tamir).



Baiklah, begitulah hadis logam. Hadis yang kita kena lihat dan tengok kalau kalau kita dah lupa dan tak tahu apa tujuan kita belajar hari ini. Disebabkan post ini macam panjang sedikit, so untuk perbincangan mengenai isi dan intipati yang kita nak gali daripada hadis ini, akan ditulis dalam post yang lain. Tapi sebelum itu, mari kita fikirkan kejap this few things so kita akan mudah sikit untuk ulas dan cuba faham sikit hadis ni. Konon.

Benda yang kita kena cuba fikir, watak watak yang terlibat dalam hadis ni, macam sang pemuda, si pemerintah , rahib, ahli sihir dan lain lain. Try untuk cuba kaitkan watak watak itu dengan kehidupan kita sekalian. Dalam kata lain, watak watak tadi mewakili siapa sebenarnya dalam hidup kita sekarang ni. Jangan sempitkan kepala, cuba fikir open sikit, so kita boleh nampak apa sebenarnya. 

Ok? Try fikir dahulu apa yang boleh dikaitkan. Em, ha! Nak diingatkan, ini adalah fikir-fikir darpada aku dan juga orang-orang sekeliling yang ada katakan tentang hadis ini. So, andai ada pendapat berbeza yang hendak dikongsi, bolehlah kongsi sama sama. Komen dan sebagainya. Ilmu ni luas. Apa salah nak kongsikan? Hehe
Baik! Akan bersambung dalam post kedua. Sayonara.

Sunday 8 December 2013

3 Hero Islam…. A Mukaddimah.



‘Saidina Umar al Khattab pernah meminta sahabat-sahabatnya yang berkumpul di sebuah rumah agar menyatakan apakah perkara yang mereka impikan dalam hidup ini. Kemudian seorang berkata, “Aku mendambakan agar rumah ini dipenuhi emas yang kelak, bisa ku belanjakan ke jalan Allah SWT,”. Yang lain pula menyambung, “Ku mengimpikan agar rumah ini ditimbuni segala jenis intan dan permata agar nanti boleh juga ku infakkan ke jalan Allah SWT.” Dan pertanyaan mengenai impian mereka ini berlanjutan sehingga mereka sendiri kehabisan impian untuk diluahkan. Akhirnya, Saidina Umar al Khattab pun meluahkan impiannya, “Harapanku berbeza dengan kalian semua, wahai sahabat-sahabatku. Aku menginginkan pemuda-pemuda hebat seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim Maula Abu Huzaifah agar pemuda-pemuda seperti ini mampu membantu dalam menegakkan kedaulatan Islam….’

Hmmm… pastinya kita semua pernah mendengar kisah ini, secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada yang masih ingat, syukur Alhamdulillah, namun bagi yang ingat-ingat lupa atau pertama kali membaca kisah ini, ayuhlah bersama-sama kita mengingati kembali cerita pendek *cerpen* ini.

Pertama sekali, jika kita membaca kisah ini, rasa kagum, takjub akan datang bertandang dalam hati kita dan tangan pula secara automatiknya akan menabik spring tatkala merasai betapa terserlahnya keimanan para sahabat dahulu kala yang hidupnya 24 jam sentiasa terisi dengan ingatan tentang Islam. Hatta impian mereka sekalipun, matlamat akhirnya masih lagi bertujuan untuk mendaulatkan Islam. Benarlah, hidup ini bukanlah sekadar bangun, tidur, makan, minum, mandi, belajar dan lain-lain norma kehidupan yang kita jalani seharian. Malah lebih dari itu, iaitu Islam. Bak kata pujangga ‘Islam is the way of life’. So, let’s change and be better Muslim, eh, not just Muslim, but better Mu’min too.

OK, mari pergi ke fokus utama kisah ini, the Special Three, Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim Mawla Abu Huzaifah.

Apa yang istimewanya tiga sahabat mulia ini sehingga disebut-sebut namanya oleh Saidina Umar al Khattab. Apa yang bestnya tiga pemuda hebat ini sehingga mampu membantu dalam memperjuangkan Islam di muka bumi ini. Apa yang seronoknya jika kita boleh meneladani tiga insan ini dalam hidup kita ?

Segala persoalan ini in shaa Allah, akan terungkai apabila coretan seterusnya bakal membawa kita semua menyusuri setiap satu daripada kisah mereka, keindahan peribadi, kehebatan personaliti, keunikan tersendiri setiap seorang daripada mereka ini dalam menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara malah ke seluruh dunia sehingga diiktiraf sendiri oleh Saidina Umar al-Khattab...

Bersambung…
To be continued…
つつ゛く...



mr. cokelat

Saturday 7 December 2013

AKU dan DUNIA

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, alhamdulillah hidup lagi kita sampai ke hari ni. hidup lagi kita untuk teruskan apa yang kita, as hamba Allah utk terus buat apa yang kita sepatutnya buat dari dulu dan seterus terusnya. di sebalik macam macam masalah yang kita hadapi, di sebalik macam macam peristiwa yang osem ataupun tidak, semuanya sudah ada hikmah yang tersendiri. kalau kita tengok kucing kucing kat shokudou sekalipun, walau ada yang hitam comot, kaler oren, jalan catwalk bagai, walaupun kita ada diskriminasi kucing yang mana kita nak bagi makanan, hakikatnya kita last last sedar jugak, yang kucing hitam comot tadi pun kucing jugak. still kena ada orang yang bagi makan kat beliau.

erk? hambar sikit. hmm. tajuk yang nak kita bincang sikit hari ini mungkin agak biasa kita dengar, tapi apa salahnya untuk kita ingat ingatkan balik sebab manusia ni selalu lupa, and that kind of thing akan diulang tayang tanpa kita sendiri sedar. haik! jadi hari ni, apa kata kita berfikir sejenak, sambil makan biskut meri cecah milo, try kita fikir kan sekejap sama ada teori yang nak ditulis ini, masuk atau tidak dengan kehidupan or life kita yang hectic dengan segala benda. kononnya

REZEKI

Allah swt dah bagi terlalu banyak rezeki kepada umat manusia sebenar benarnya. bagaimana kita lihat, kat dunia luar tu, artis buat kenduri kawin berjuta juta, gaji menteri beribu ribu ( bukan isu itu yang hendak dikatakan) dan macam macam lagi. kita selalu dengar en? kalau kita ambil semua pokok pokok kat dunia ni dijadikan pena dan air laut yang sikit punya banyak tu sebagai dakwat dia. belum tentu lagi dan memang belum mencukupi untuk menggambarkan berapa banyaknya rezeki yang telah Allah kurnia kan kat kita dari zaman nabi Adam sampailah sekarang. 

nah! hari ini mari kita lihat dunia sekeliling kita, kita tengok apa yang berlaku sebenarnya benarnya mengenai word kotoba di atas. REZEKI. kedengaran sangat biasa. yes, rezeki! hush, apa yang nak difikirkan, sah sah nama dia rezeki, takkanlah tak faham faham lagi.. eh, silap, tu silap. rezeki ni kita kena pandang dengan akal jugak. memang lah kalau kita tengok seseorang itu berjaya, ataupun somebody itu gempak, kita akan terus cakap dah rezeki dia dapat, aku belum lagi. yup, betul tu memang betul, namun! kalau kita tak cari sumber yang benar benar sahih ketelusan dan baiknya asal rezeki kita tu. kita dah silap besar. sangat besar. why? kita tengok ni jap.

mohon ditekan imagenya

well, see here, kita tengok sekeliling kita, untuk dapatkan reeki yang halal, seorang ibu itu sanggup untuk bawa anak anak dia yang still kecik untuk tolong suaminya yang sedang lelah bekerja, untuk mencari sesuap nasi, seorang ayah sanggup mencari rezeki tambahan menjadi pemandu teksi di kala malam malam buta, dan untuk dapatkan rezeki yang baiklah, seorang ibu sanggup untuk berlapar walhal diri sendiri still belum menjamah apa apa sekalipun.

hmm, cuba kita open minded sekejap, kita compare dengan sesetengah manusia yang hidupnya terlalu mudah mencari jalan bagi mendapatkan harta. dan harta itu jugaklah yang membuatkan dirinya lalai sampai lupa kepada Allah swt. nak dibandingkan pulak dengan kita, walau ber elaun kan duit sebanyak ~sekian sekian~ itu jugaklah, sudah mampu membuat kita mudah lupa tugas kita kepada Allah yang satu. sobs sobs

nah lagi satu,

yang ni jugak

sekarang mungkin kita kurang nampak lagi, apa effect nya rezeki yang datang daripada sumber yang tidak baik, syubhah ataupun haram. sebab kita belum ada anak bini, masih lagi menjadi kanak kanak yang terkial kial nak cari erti sebenar jadi manusia yang hidup bahagia, aman sentosa sentiasa.  cewah. but, kalau kita realise, nak pupuk diri kita untuk cari rezeki dari sumber halal itu kena bermula dari sekarang, yes, dalam situation senang menghafal kotoba dan kanji ni lah! kita perlu berlaku adil kepada diri kita yakni dalam menimba ilmu pengetahuan. hormat sensei toka, jawab exam sungguh sungguh toka, dan macam macam lagi, sebab apa? sebab kalau kita tak lakukan perkara perkara seperti di atas tu, keberkatan ilmu yang kita dapat itu akan berkurang, dan kalau keberkatan ilmu kita tu berkurang, kita akan mudah untuk menerima ideologi syaitan syaitan sekeliling kita untuk buat perkara pelik pelik, dan tak mustahil, tindakan seperti itu akan lead kita ke arah mencari rezeki yang entahkan halal entahkan tidak. kan? relate dah kan?

so, dalam masa sekarang nilah, kita boleh mula sedekah duit kita kepada warga yang memerlukan. berbaik dengan orang lain , supaya amal amal baik ini akan membantu kita untuk menjadi muslimin muslimah yang hidup di muka bumi Allah berasaskan track islami yang membawa kita ke syurga.

"ketinggian ilmu itu tidak dikira berdasarkan pointer". ~huh! bunyi seakan akan dusta, tapi ada betulnya. =)


sentiasalah ingat siapa diri kita dan diri yang macam mana sebenarnya anda mahukan. 

Friday 6 December 2013

kupu-kupu... dan kita.

syukur kita masih lagi diberi peluang oleh Allah menghirup udara segar pemberianNya. dan segala nikmat yang tak terbalas oleh kita. ada orang saat ini sedang memegang senjata berjaga-jaga akan kehadiran musuh, ada orang saat ini sedang menahan sakitnya sakaratul maut, ada orang saat ini baru menerima berita kematian, ada orang saat inii menangis melihat kemusnahan harta sendiri. sedangkan kita di uji Allah dengan kesenangan dan sedikit kesibukan. ketahuilah bahawa semua itu tak terlepas dari pengetahuan Allah hatta sesaat per sesaat sekalipun.

dan kali ni nak berbincang soal kupu-kupu. yes kupu-kupu a.k.a rama-rama. ada sesetengah orang cakap, perkataan kupu-kupu @ rama-rama mesti berpasangan atau pun senang cakap double. kita tak boleh sebut 'kupu' atau 'rama' semata-mata. tentu pelik . paling tidak pun, seperti yang kita belajar waktu sekolah rendah dulu, sebut rerama atau kekupu yang menunjukkan makna jama' (banyak). betol kan?

maka, kalau dilihat dari cara nk sebut namanya sahaja dah sespecial tu, bagaimana pula dengan hidupnya?

kehidupan rama-rama bermula dari seekor ulat yang kecil yang kemudiannya bertukar menjadi kepompong, badannya terbujur kaku tergantung didahan atau dedaunan tak kira siang hari panas terik menyengat mahupun malam hari tika dingin menusuk. bahkan kekadang hujan dan ribut menerpa. kepompong tu akan tetap disitu untuk mengumpul kekuatan demi menjadi sesuatu yang baru, yang lebih bermakna.

sampai saatnya, keluarlah ia dari kepompong setelah mengerah segala kudrat yang ada. maka dapatlah ia terbang dengan bebas di udara seindah mata memandang. dan tahukah kita, jika kita yang menolongnya untuk keluar dari kepompong itu, hatta dengan alasan kasihan melihat kesusahannya, sudah pasti si rama-rama tersebut tidak dapat terbang di udara. nazenara, kesusahan dan kepayahan yang dijana oleh rama-rama itu untuk keluar dari kepompong itulah sebenarnya yang memberi kekuatan kepada sang rama-rama untuk terbang. jika sang rama-rama tidak melalui kepayahan untuk keluar dari kepompong itu, sudah pastinya ia tidak dapat terbang malah pasti akan mati tidak lama selepas itu.

 


Selama dalam perjalanan panjangnya ternyata tidak pernah rama-rama protes dan menangis, mengeluh, bahkan berputus asa. Kupu-kupu tidak pernah merasa sedih kerana diciptakan dari seekor ulat dan kepompong. Ia tidak pernah merasa kecewa dan kesal, tidak pernah juga ia merasa sial dengan jalan yang Allah berikan, meskipun tak ramai yang mempedulikan perjalanannya yang bermulal dari seekor ulat dan kepompong. Kupu-kupu menerima jalan yang Allah berikan kerana yakin bahwa di penghujung perjalanan yang tidak mengenakkan tadi akan ada kejayaan, keindahan, dan kebahagian. Begitulah kehidupan, Allah yang memiliki ketentuan. Allah punyai suatu alasan dengan segala pertimbangan atas segala ujian, kesedihan, dan kegagalan yang diberikan. Karena Allah hanya menginginkan kebaikan.

Lalu bagaimanakah dengan kalian...??

seekor kupu-kupu mampu sahaja bertahan dalam mengejar impiannya, mampu bersabar dalam mengarungi segala macam ujian dan cabaran yang Allah berikan. Lantas mengapa kita yang diberikan akal dan fikiran terkadang mengeluh hanya kerana satu kepayahan, berputus asa hanya kerana satu kegagalan, sementara Allah telah menyiapkan kita seribu jalan kebaikan. Ingatlah bahwa Allah Maha Mengetahui sementara kita tidak mengetahui. Lihatlah ujian itu dari sisi yang baik kerana setiap yang berlaku pasti terkandung hikmah yang kadang kala kita sendiri tidak menyedarinya.  =)

Wallahu'alam ^^