Tuesday 25 March 2014

dunia Menangis


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Mengetahui terhadap setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini, kita telah dikejutkan dengan berita yang sangat mendukacita kan diri dan hati kita kita semua.

Dalam masa Malaysia mempersoalkan isu pelaksanaan festival muzik sehingga ada yang terkorban, negara kita terkejut lagi dengan pelbagai peristiwa yang menyayat hati dan sukar untuk digambarkan dengan kata kata. Jika anda manusia, anda akan bersedih dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang melibatkan insan insan tanpa mengira agama dan bangsa. Dalam masa post ini ditulis, encik Najib sudah pun mengesahkan bahawa pesawat tersebut dikesan perjalanan akhirnya di lautan Hindi. Bayangkanlah bagaimana agaknya penderitaan yang terpaksa dihadapi oleh mereka, laut yang dalam dan luas. Semoga roh mereka dicucuri rahmat insha Allah. Dan jika anda seorang Muslim, anda pasti terkesan dek berita yang kini heboh di massmedia, yakni penghakiman terhadap Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Dr Muhammad Badie’ dan 528 orang ahli Ikhwan Muslimin lain yang dijatuhkan hukuman hasil daripada pengadilan yang tidak adil. Mungkin mereka menyangka mereka sudah mematikan ahli Ikhwan Muslimin, namun semangat juang insan insan ini tidak akan pernah mati, dan Allah jua akan membalas perbuatan mereka ini, seperti yang dikatakan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di laman mukabuku nya.

Dalam dua peristiwa ini, sy rasa ia sangat memberi bekas dalam diri kita kerana kedua-dua nya melibatkan nyawa dan lebih syahdu lagi, apabila kes di Mesir ini berlaku dalam masa mereka cuba untuk mewujudkan suasana Islam yakni dari pucuk pimpinan negara itu sendiri. Nak dibayangkan, apa lah sangat dugaan yang kita terima jika nak dibandingkan dengan dugaan yang di hadapi mereka di sana. Di sini, kita masih boleh bersenang-lenang, menghadap pengicau ataupun mukabuku (termasuklah diri ini) tanpa memikirkan apa-apa masalah. Ada pun masalah wang ataupun stadi yang tak masuk-masuk. Namun, di sana, dalam ingin membina agama dalam diri, ancaman dibunuh terpaksa ditempuh. Jika ada masih sisa kesedaran mengenai persaudaraan Islam dalam diri anda, anda sudah pasti akan ter rasa bagaimana di saat ini, ada saudara kita yang sedang ditimpa kecelakaan di luar sana. Nak dikatakan pula tentang kehilangan MH370, dalam 2 minggu terkebelakang, negara kita dilimpahi dengan doa doa yang memohon kemudahan untuk memudahkan pencarian. Ada pulak insan yang cuba bantu, namun cara nya sudah tersasar dari jalan syarak yang sepatutnya. Terserah kepada rakyat sendiri untuk menilai.

Namun, apa yang ingin dikatakan di sini, kita perlu ingat dan fahami bahawa ajal dan maut itu di tangan Allah swt. Dengan kuasaNya lah, kita akan mati atau terus hidup di muka bumi ini. Tersentuh juga bila mendengar doa yang dibacakan oleh Amin Idris, dalam rancangan Bicara  malam tadi. Dititipkan supaya dengan dugaan besar ini, kita akan terus bersangka baik dan tidak mudah melatah dengan ujian yang diberikanNya ini. Sudah tentu, ahli keluarga mangsa jualah yang akan paling terkesan dengan peristiwa ini. Sebagai orang umum, kita perlu untuk membantu, jangan teruskan rumor yang sehinggi kini di pengicau misalnya, masih ada yang sibuk untuk tahu itu ini lah, contohnya tentang bagaimana pesawat itu boleh tersasar laluan sehingga ke Lautan Hindi. Kita ada pihak yang sedang usaha kan, jangan cuba memandai mandai. Fikirkan perasaan keluarga dan sahabat terdekat mangsa tragedi.

Dua ayat yang sangat membantu untuk kita fikirkan.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Dalam kedua-dua ayat ini, kita fahami bahawa Allah swt memberi ujian untuk menguji hamba hambaNya dan yakinlah, Allah memberi ujian setimpal dengan apa yang boleh ditempuhi oleh hambaNya

Untuk kita kita pula, dalam kita turut simpati dengan ujian besar ini, walau kita tidak begitu merasa dengan apa yang berlaku, fahamkanlah. Mungkin Allah mahu memberi petunjuk kepada kita. Rasanya semua bersetuju, akhir akhir ini Malaysia seolah-olah pelbagai bencana yang menimpa. Jerebu, Denggi walhal kes buang anak sekalipun, masih wujud di negara ini. Mungkin ini sudah mula sebenarnya untuk kita mula berubah. Perlahan-lahan. Tak besar pun tak ap. Kita kena ingat, makin dewasa, makin bertambah usia, makin dekat kita dengan mati. Ujian dan bencana ini seolah olah ingin menyedarkan kita supaya kembali lah kepada Allah. Hentikan lah cara hidup yang tidak sepatutnya. Dekatkan diri dengan Allah. Dunia ini semakin nazak.

Sedekahkanlah Al Fatihah kepada mangsa tragedi MH370 dan juga saudara kita yang dihukum di Mesir.
jika benar masih hadapan untuk pesawat itu ditemui, kita berdoa lah yang terbaik.


Al Fatihah.

No comments: