Wednesday 25 February 2015

Eh! Kenapa Jepun???

REPOST AND EDITED VERSION grin emoticon -
"Kenapa Jepun? Malaysia takda?"

Pernah bertanya terus kepada enche lejen Tun Mahathir? Kami pun belum. Hehe.

Pernah bertanya diri, kenapalah Tun ni suruh org Malaysia ke Jepun, kenapa bukan ke Jerman kah, Korea Selatan kah, kenapa mesti ke Jepun?

credit
1. Siapakah dikalangan negara-negara maju, mempunyai sifat-sifat dan budaya yang hampir menyerupai masyarakat muslim yang berjaya?
2. Siapakah yang mampu mengimpikan sebarang kemajuan negara seandainya masyarakatnya masih mengira matematik mudah dengan kalkulator? Di peringkat sekolah rendah dan menengah, hatta di peringkat pengajian tinggi sekalipun, para pelajarnya tidak dibenarkan menggunakan kalkulator. Bagaimana pula dengan pai( π) ? punca kuasa dua dan sebagainya? Ya ! setiap daripada mereka menghafalnya sejak dari peringkat sekolah menengah lagi. Anda bagaimana?

3. Keistimewaan jepun dalam mendidik masyarakat, tak semua masyarakat malaysia tahu. Contohnya kita dapat lihat pada ketepatan masa orang-orang jepun yang mengambil kira walaupun satu minit ! Dan tahukan anda, sekiranya train terlewat beberapa minit sekalipun, pengurus train tersebut akan mengeluarkan satu surat tunjuk sebab untuk kita beri kepada boss tempat kerja atau sekolah dll. efficient bukan?
4. Media mereka lebih berinfo biarpun hanya sebuah komik/anime/filem/drama dan bukannya produksi yang berasaskan novel fantasi penulis novel sahaja.
5. Masyarakat disini membangunkan negara menggunakan bahasa dan sejarah mereka tersendiri dan bukanlah bergantung kepada bahasa luar. Ini bermakna dengan kemampuan mereka sendiri, mereka mencari dan mengkaji pelbagai bidang ilmu dengan kudrat mereka sendiri. Di samping itu, mereka juga mengekalkan budaya tradisi mereka sehinggakan pelancong yang datang ke negara mereka perlu berkomunikasi dalam bahasa Jepun ! hebat bukan?

6. Biarpun mereka terkenal dengan kes bunuh diri yang tinggi, tidak berkahwin dan komited sehinggakan terlalu bekerja keras. hal ini demikian kerana matlamat mereka hanyalah untuk kesejahteraan hidup di dunia sahaja dan majoriti daripada mereka tidak mempercayai tuhan (ateis). seandainya kita mampu memperkenalkan Islam kepada mereka , dan mereka pula memahami tujuan penciptaan mereka , pastinya sebuah masyarakat muslim yang hebat mampu dicapai !!
7. Kami anggap masyarakat malaysia tidak ada sebarang medium khusus untuk merapati masyarakat Jepun. Dan saya bercita-cita membawa anda mengenali mereka!


Dan sebenarnya banyak lagi yang kita boleh pelajari daripada budaya masyarakat jepun.! :D

"Sebarkan sebanyak mana pun ilmumu kepada masyarakat, biarpun dunianya berbeza, inshaAllah itulah saham akhirat mu!"

No comments: