Sunday 17 January 2016

Jadilah Seperti..

jzkk!

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah S.W.T. ini dan masih lagi bisa bernafas udaraNya untuk melakukan kerja kerja kita sehari seharian.

Kerana kadang kadang kita lupa bahawa segala nikmat yang kita peroleh semuanya datang daripada Yang Maha Esa, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemberi Nikmat, Allah swt.

Jadi, pada kali ini mari kita berfikir sejenak tentang sebuah perkara yang menjadi amat viral pada laman laman sosial sehingga menjadi trending di tahun 2016 yang baru sahaja membuka tirainya.

Ya, fenomena “Jadilah Seperti Rashid” yang dihasilkan oleh sebuah page Facebook yang berjaya memperoleh sehingga 200,000 likers di page tersebut dalam masa tidak sampai dua hari.  Wow! Tapi, mengapa boleh menjadi seperti sedemikian rupa?
Menurut pandangan penulis, hakikatnya, “Jadilah Seperti Rashid” ini adalah bersamaan dengan fenomena “Be Like Bill” atau "Be Like John" "Be Like Emily" yang mula viral di Barat, mengisahkan tentang ragam kehidupan seseorang individu contoh yang tinggi common sense nya dalam sebuah komuniti masyarakat yang diillustrasikan dalam bentuk meme.

Pada mulanya isi isi yang disampaikan dalam “Jadilah Seperti Rashid” lebih kelihatan sebagai salah satu unsur nasihat tentang corat coret kehidupan diri dalam bermasyarakat. Lebih kepada satu bentuk teguran halus buat individu yang sudah mula hilang common sense nya dalam menletakkan diri masing masing dalam satu komuniti.

Namun sayangnya, sejak fenomena ini menjadi semakin viral dalam kalangan pengguna laman sosial, “Jadilah Seperti Rashid” ini seolah-olah dijadikan sebagai alat untuk menyebarkan fitnah, mengeji dan menghamburkan kata-kata cacian kepada golongan tertentu terutamanya kepada pemimpin, juga kepada individu yang tidak mereka sukai.

Pada pengamatan penulis tidak ada salahnya untuk menjadikan “Jadilah Seperti Rashid” ini sebagai salah satu medium yang interaktif dan menarik untuk menyampaikan sesuatu nasihat atau saranan yang berguna kepada masyarakat. In fact, melihat kepada respons netizen sendiri terhadap fenomena, serwajharlah ia digunakan sebaik baiknya.

Namun perlu disedari bahawa terdapat batas-batas yang perlu dijaga apabila menviralkan sesuatu perkara agar tidak mencalar imej dan menjatuhkan maruah seseorang.

Misalnya, jikalau wujudnya orang sebenar yang bernama Rashid sebagai salah seorang sahabat anda, sudah pasti si Rashid akan 'dibahan' dan menjadi modal gurauan disebabkan fenomena ini.
Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa si Rashid ini hanyalah seorang manusia biasa yang punyai hati dan perasaan sudah pastinya akan terasa hati andai gurauan yang diterima itu amatlah kasar.

Hakikatnya ramainya orang yang suka akan perkara viral ini sehingga wujudnya watak watak tambahan baharu dalam "Jadi Seperti Rasyid" seperti Naufal atau Huzaifah yang isinya juga lebih kurang sama untuk menyampaikan mesej tentang kehidupan.

Namun kita sebagai manusia yakni sebagai hamba Allah juga sebagai pemimpin seolah olah bagaikan terlupa bahawa Allah S.W.T telah menciptakan dan menurunkan seorang manusia yang paling hebat di muka bumi untuk dijadikan contoh.

Siapakah? Ya! nabi dan rasul yang terakhir, Nabi Muhammad S.A.W. 

Jelas dinyatakan dalam kalam Allah surah Al-Ahzab ayat 21:

“Sesungguhnya, telah ada ada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.”

Jelas bukan bahawa Allah S.W.T menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W adalah contoh teladan yakni “The Best Role Model” kepada setiap umat manusia sehingga hari akhirat.

Apakah sebenarnya contoh teladan yang Rasulullah S.A.W tinggalkan kepada kita?

Yup! Sunnah Rasulullah S.A.W yang merangkumi semua aspek-aspek yang membentuk kepada pembinaan peribadi yang berakhlak mulia yang bukan sahaja memberi kesan kepada diri,  juga kepada semua pihak misalnya sentiasa sabar dan senyum selalu kepada semua orang.

Justeru, kita sebagai seorang umat Islam seharusnya mencintai Rasulullah S.A.W yang merupakan kekasih Allah S.W.T dengan mengamalkan sunnah sunnah Rasulullah dan juga sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W agar kita memperoleh syafaat di akhirat kelak.

Bukanlah niat untuk mengatakan fenomena ini suatu perkara yang buruk. Sekadar ingin mengajak kita semua reflect balik hikmah di sebalik fenomena ini. Dalam seronok dan terhiburnya kita melayani keletah Rasyid ini, janganlah kita lupa suri tauladan sebenar kita, yang pastinya lebih menjadikan kita lebih manusiawi, lebih berperibadi, lebih jati diri.

Jadi lepas ini kita sama-sama jadilah seperti Rasulullah S.A.W, okay?


Ditulis oleh
zan

No comments: