Saturday 30 November 2013

muhasabah 5 minit

Assalamualaikum (:

Berubah eh.

 “Perlu ke aku berubah? What for? Kalau aku berubah boleh dapat 4flat ke exam nanti? Boleh dapat awek ke? Boleh jadi anak murid kesayangan sensei ke nanti? Btw, tak payah la kot nak berubah,  life aku dah ok dah, exam haritu dah gempak dah, awek dah hot dah, kaya lagi. Sensei pun.. aaa tak payah la, kalau diorang kenal aku pun bukan dapat apa pun. So, chill. better aku enjoy dulu sekarang, yelaa muda lagi kan? Nanti dah tua tak dapat nak enjoy da. Time tu baru ok nak berubah.”

Yeah.

So, setuju? Betul la kan? Buat pe nak berubah. Hidup dah perfect dah, duit ada,awek ada, result gempak. 

Baik enjoykan.

Tapi kan.. pernah terpikir satu perkara tak?

MATI.

Yes, mati. Dalam korang dok seronok seronok enjoy life korang yang perfect gila tu, cuba bayangkan ajal menjemput kita time tu, exactly dalam masa kita tengah berbangga dan berseronok dengan dosa korang.  And by the time korang dah berada 6 KAKI bawah tanah tu kan, baru kita tersedar.

AKU TERLAMBAT. 

 Boleh bayangkan tak perasaan tu? Saat kita diambil nyawa tu,dimandikan,di solatkan, dikafankan, ditanam, dibacakan talkin, dan saat orang terakhir menapak pergi dari tempat persemadian korang. Agak agak setiap detik daripada detik kematian tu macammana perasaan kita mengenangkan dosa dan maksiat yang korang telah lakukan sepanjang hidup kita? Di saat itulah hampir setiap perkara dosa yang kita dah lakukan akan bermain balik dalam fikiran kita.Dan ketika Malaikat Mungkar dan Nangkir datang dan bertanyakan kita soalan soalan keramat nya, berjayakah kita dalam menjawab soalan soalan itu. Lulus kah kita? Dan pada waktu tu la kita sedar, bahawa kita sudah

TERLAMBAT.

Walau macammana pun kita meminta kepada Allah, Kita merayu pada Allah sekali pun untuk dihidupkan sekali lagi di dunia untuk bertaubat dan meminta ampun daripadaNya, sekurang kurannya melakukan solat sunat taubat 2 rakaat. Tidak rakan rakan. Tidak akan wujud peluang tersebut, kerana kita sudah diberikan peluang sepanjang masa kita hidup. Satu tempoh masa yang amat lama. Dan kita, tidak pernah sedar akan perkara tersebut dan masih terus menerus melakukan perkara dosa dan maksiat tersebut. Bahkan kita telah diingati berkali kali bahawa pintu taubat itu tidak akan tertutup selagi tidak tiba 2 perkara. Mati dan Hari kiamat. Tapi kita leka kan? Kita tak pernah ambil endah pun tentang perkara tersebut. Kita sibuk dengan dengan perkara duniawi kita. Tapi bila saat kematian tu tiba. Baru kita terhegeh hegeh hendak meminta peluang sekali lagi daripada Allah SWT. Adilkah kita kepada Allah?

Tidak bukan?

Jadi, Takut? Risau?

Jangan  risau la weh,  Sebab apa? Sebab kita masih ada kesempatan sekarang ni. Masih boleh buka laptop,gune phone baca untuk baca atikel ni sambil online facebook dengan twitter, kan :P. Means  kita masih bernyawa kan, so maksudnya pintu taubat masih belum tertutup (: . Dan.. kita masih belum terlambat.

Beruntung kan kita? Dapat sedar perkara di saat kita masih ada peluang untuk memperbaikinya balik.Jadi, apa lagi, kejap lagi dah habis guna laptop, phone ni, Terus lakukan apa yang patutla kan? Tahukan apa nak buat?..  (:

Jyaa, mata ne, fikir fikir kan la eh


Assalammualaikum 
by: mr gao

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.