Sunday 17 November 2013

sayonara jahiliyyah

Tutup mata kejap. Fikir dalam dalam. Apa yang kita dah buat selama ni?

Dengan nama Allah yang super Pengasih dan Maha Penyayang, yang bagi kita macam macam kelebihan, dari hujung rambut hingga ke tumit kaki sekalipun, kita masih lagi boleh bernafas dengan selesa di bumi beranang nan indah ini. Syukur seribu kali syukur.


Alhamdulillah, berkat ilham daripada Allah jua lah, telah memberi idea dan master plan kepada hambaNya untuk cuba memperbaiki dirinya dan mengingati sahabat sahabat terchenta yang ada di sekelilingnya. Dalam kesibukan diri yang bergelumang dengan macam macam shukudai yang seakan-akan tidak berpenghujung, hari hari yang penuh dengan kebingungan dalam memahami segala karakter kanji yang bermacam macam rupa, harus difahami dan dihayati oleh setiap daripada kita bahawa sesungguhnya setiap daripada kita masih perlu untuk melakukan satu kerja yang wajib. Kerja yang akan membawa kepada keadaan hidup yang lebih teratur dan berada di atas landasan yang betul. Dakwah.


“Ha? Dakwah? Erk, aku ni bukanlah baik sangat pun, sekolah pun bukan sekolah agama, semua benda main langgar je.. tak perlu kot..”


Ayat ayat cliché seperti ini memang kebanyakan orang akan cakap. Termasuklah diri orang yang menulis ini juga. Saya juga seperti anda, sama. Rambut sama hitam, bermata dua dan bermulut satu, masih sah dikategorikan sebagai manusia yang normal. Saya juga seperti anda juga dahulu, memikirkan kerja dakwah itu satu benda yang berat. Sangat berat. Dan kita juga memang tak berminat  nak buat kerja kerja macam ni. Well, fikirkanlah, hidup kita memang sibuk. Shukudai lagi, nak hadam benda yang baru study tu lagi, memang tak lah kalau kita nak buat kan? Tapi, rasanya ada yang tertinggal di situ. Tak banyak pun, mungkin satu . sebenarnya, daripada pemahaman kita lah kan, konsep dakwah itu macam mana rupanya? Kena pakai serban jubbah bagai baru boleh dakwah? Mesti duduk kat surau 24 jam baru boleh join benda benda macam ni? Ish, tak lah. Tak. Memang menyimpang daripada maksud dia yang sebenar. Jauh gila beza dengan maksud sebenar.


Mari lihat situasi ini. Kita fikir kejap. Kejap je, tak sampai sejam pun.

“Abu merupakan seorang pelajar jurusan engineering yang sedang belajar di sebuah kolej. Dia dalam program persediaan untuk sambung study di bumi sakura, Jepun. Hari-hari, Abu akan buat benda yang sama. Pagi Abu pergi kuliah, petang Abu main bola, kadang kadang Abu jogging satu kolej. Malam pulak, Abu akan buat kerja rumah yang senseitachi berikan. Abu terus buat benda ni hari-hari. Satu hari, Abu terasa bosan. Kalau hari minggu, bolehlah Abu gerak gi mid ke t.s. ke apa, tapi hari ni hari isnin. Abu rasa kosong, rasa something tak kena. Tapi, Abu biar je. Hidup Abu berlalu macam biasa”


Secara realitinya, mesti setiap daripada kita pernah rasa benda macam ni kan, kadang kadang rasa kosong. Rasa macam bosan buat benda sama hari-hari. Tapi tak tau kenapa, kita biar je perasaan tu pergi, kita just continue buat kerja biasa kita. Buat shukudai, tengok anime, movie. But at the same time, kita dapat rasa yang kita tak sepatutnya buat benda tu. Eh jap, bukan maksud nya kita tak boleh tengok langsung, tapi situasi yang nak dikatakan ni adalah apabila kita terlalu banyak buat benda tu walhal dah ada naluri yang berbisik, cakap benda itu kita tak patut buat. Ada kan kan??


Apa pendapat anda anda semua, wahai pelajar yang akan fly ke Jepun sama seperti Abu, kalau saya katakan itu adalah satu bentuk hidayah daripada Allah, boleh diterima akal atau tidak? Atau kita rasakan istilah hidayah ini hanya boleh kita guna sekiranya kita tiba-tiba jadi baik perfectly 360 degree. Wush, memang muri la kan. So, betul tak cakap saya kalau saya cakap itu satu bentuk hidayah? Allah nak bagi petunjuk kepada hambanya dari macam macam salur. Kadang kadang tengah duduk termenung pun boleh  Allah bagi. Bila bila masa. Sebab ini kerja Tuhan. Kerja Allah. Allah yang berkuasa bagi kita itu semua. Tapi kita semua kena ingat, kalau kita pernah melalui situasi yang sama seperti Abu, kita kena cepat cepat tangkap peringatan daripada Allah tu. Jangan kita jadi macam Abu, hanya biar dan kita tak tahu bila lagi Allah nak bagi kita hidayah. Kan kan kan?


Sayonara jahiliyyah. Patut kita mula daripada sekarang. Patut. Sebab apa, kita tak tahu bila masa kita mati, sebaiknya kita mula sikit sikit. Penulis ni pun sama, banyak lagi yang perlu dibetulkan, banyak lagi perlu dibimbing oleh member member sekeliling. Kita ni dalam zaman yang sangat bahaya, perang pemikiran. Salah ikut, lain pulak jadinya. Sebab itulah, kita kena mula cari cara untuk bantu rohani kita, bantu ubatkan balik jiwa yang dah jauh tersasar daripada cara yang sepatutnya. Kita kena hidup dalam satu Jemaah, supaya ada orang yang saling ingatkan kita, supaya ada kawan yang akan tegur kalau kita ada buat salah, supaya ukhwah yang terbina antara kita akan terasa seperti dengan ahli keluarga sendiri. Sehinggakan dengan insan-insan inilah kita percaya untuk kongsi masalah dan kekeliruan diri kita ni, yang akhirnya, akan menenangkan kembali diri kita ni. Best. Osem kan?


Usrah. Pendekatan usrah sangat penting untuk kita semua. Dalam usrah, kita akan selalu diingatkan semula tentang apa yang sepatutnya kita lakukan, tentang cerita sirah yang kita tak pernah ambil peduli sebelum ini, tentang ayat ayat Allah yang Allah bagi direct kepada kita untuk hidup aman damai kat dunia ini. Dalam usrah ada naqib naqibah yang akan bagi tahu apa yang sebaiknya untuk kita semua. Libatkan diri dalam usrah, insyaAllah, kita akan beroleh keberkatan dariNya.



Baiklah, dalam post yang agak simple dan pendek ini, tujuan asal penulis untuk mempromosikan kepada semua tentang blog yang baru kita hasilkan untuk tujuan yang mudah. Tujuan yang satu. Memperingati antara satu sama lain. Hidup berjemaah itu lebih baik daripada hidup sorang sorang. So, nak dipendekkan cerita, penulis berbesar hati untuk memberi laluan kepada anda semua untuk sama sama dalam usaha murni kita ini, maknanya  daripada kita untuk diri kita sendiri. Berminat? jangan segan, jangan malu.

hantarkan karya, artikel, atau apa-apa bahan yang anda rasa osem, bagus untuk perkongsian bersama pelajar pelajar JAD sekalian, ke jepunakudatang@gmail.com

sekian, terima kasih. =)

2 comments:

Unknown said...

Good job kamal ! ^^

kusyi said...

yea. hidup masa jahiliyah amat membosankan. but, hidup dalam mengingati Allah, ianya suatu perkara gembira yang tak dapat digambarkan. Teruskan menulis saudara. Sebarkan dakwah di serata dunia.. :)

Sayonara Jahiliyah~