Monday 30 December 2013

wanita

PERHIASAN DUNIA ?

Bismillahirrahmanirrahim J

Perhiasan dunia? Ape eh? Banyak je kan perhiasan dalam dunia nie yang lawa-lawa, comel molek. Yang mahal ade, murah ade, pendek kate banyak lahh. Tapi kan, yang paling lawa ape eh ? J



“Al’maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha”
(Wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan isinya)

Sokmo je kan kita dengar ayat tu, “Seindah hiasan dunia ialah wanita solehah”. Popular la ayt ini. Semua orang tahu, semua orang sebut. Even mahal mana pun perhiasan tu, comel mane pun, berkilat mane pun, diperbuat dari kaca ke permata ke ape, TAPI takkan pernah mampu untuk menandingi kecantikan wanita solehah. Tu lah perhiasan yang PALING berharga dalm dunia nie J 

So nk cakap kat sini betapa istimewanya kan menjadi seorang perempuan ini? J

Tapi wanita solehah tu macam mane eh?Senang je ke nk jadi wanita solehah tu?Dulu saya selalu sahaja mengangguk kalau ada yang berpesan ‘ Nanti jadi anak yang solehah ye, solehah yang dapat mendoakan kedua ibu bapa nanti” . Maksud solehah yang saya hadam ketika itu adalah perempuan yang baik, mudah sahaja. Hari ini saya melihat dunia. Dunia reality dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk dicari. Sayang rasa dan pendam sendiri. Untuk menjaga aurat dengan sebaiknya, menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan, menjaga pandangan. Untuk menjaga iman dan akal hati. Sentiasa terdetik dalam hati ini, 

“YA ALLAH susahnya untuk menjadi wanita solehah iniini, Bertalu talu ujian yang menimpa.”
Firman ALLAH SWT di dalam surah al Jathiah ayat 23 :

“Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan ALLAH membiarkan sesat berdasarkan ilmunya. Dan ALLAH telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?Maka siapakh yang mampu memberinya petunjuk setelah ALLAH membiarkannya sesat?Mengapa kamu tidak ambil pengajaran?”

SubhanALLAH..Takutnya.. Takutnya kalau ALLAH mengunci hati ini. Betapa susahnya kan nak capai title ‘muslimah sejati’ tu. Syaitan sentiasa menggoda kita. Tapi tu sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri jugak. Sama ada hati kita kuat ke tak nak melawan godaan syaitan tu. Hati manusia nie pulak berbolak balik. Kan dalam diri setiap manusia tu ade je perasaan nk berubah jadi lebih baik, even sikit pun. Tipu la kalau takde. Tapi sama ada hati kita kuat ataupun tidak nk melakukan perubahan tu. Bila dah berubah, nak istiqamah pulak dah jadi susah. Kite kene ingat tau syaitan nie ade je skmo nk hasut kite jadi jahat balek. Tapi tu la ujian kan? Ingat senang ke nak jadi baek nie? Susah laaaa. Tapi tu la, hati nie haa kena KUAT. And untuk hati yang berbolak balik, doa la senjata yang paling mujarab. Nak lawan nafsu nie nie bukan senang. Perkara yang sangat susah. But then, knape kite perlu senang sgt nk berputus asa nk lawan nafsu tu? Bila berubah knape nk mudah sgt nk putus asa nk jadi baek tu?Fikirla yang terbaek. Hidup kat dunia nie sementara je, yang kekal di akhirat sana. Typical orang sekarang, pakai tudung labuh je ustazah. Jubah je ustazah. Pedulikanlah ape orang nak cakap tu. Bukan kita gune kain dyeorang pun.


Tapi bukan la nk cakap nk jadi muslimah sejati tu kena pakai tudung labuh. Tapi ISLAM mewajibkan seorang wanita tu untuk menutup aurat dengan sempurna. So buatlah apa pun untuk pastikan kita tutup aurat dengan sempurna. And yang pasti dalam AL QURAN ade menyebut supaya kita melabuhkan tudung.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)


 So ? JSungguh, mujahadah itu pahit. Tapi yang pasti syurga menanti J

Kan wanita solehah itu kuat jiwanya, teguh azamnya. Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyakah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati ini dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik. Muslimah juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempesona itu. Muslimah sejati bukannya dilihat dari sifat mesranya bergaul tetapi dilihat sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada ALLAH,dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Jom same2 kite berusaha untuk jadi muslimah yang sejati insyaALLAH ! ^^



SR ^^

No comments: