Tuesday 2 August 2016

Cinta

"Cinta."

"Kenapa?"

"Cinta, takkan pernah mengantuk."

***

Kepala bayi yang masih berlumuran darah ditatapnya sayu. 9 bulan 10 hari, bayi yang dipanggil 'Adam' seawal 3 bulan usianya kaku, tanpa sebarang tangisan, malah gerakan. Wajah isterinya ditatap lama. Fasihah. Besar benar pengorbanan seorang ibu. Azan dibisik lembut di telinga Adam. Selesai beberapa orang nurse membersihkan Adam, dia mendukung Adam ke sisi Fasihah.

"Ibu.. Fasihah?"

"Fasihah, muka Adam macam ibu dia. Comel kan?"

"Adam kecil lagi, nanti bila besar mesti hensem macam abah dia!"

Kadang dia tersenyum panjang, muka Fasihah ditatap. Fasihah memandangnya, tersenyum. Wajah Fasihah tenang, persis muka Adam hero sulungnya. Dia kembali memandang wajah Adam, mengalunkan selawat, membaca suraf Al-Luqman, surah kegemaran dia dan Fasihah. Mata Adam menutup rapat, lantas diletakkan Adam di atas katil bayi berdekatan sebuah meja kecil.

***

"Assalamualaikum!"

Senyap.

Dia memandang screen telefon di tangan. Panggilan dah diangkat, sahutan masih tak disambut. Dia sambung,

"Aiman? Man, kau ok?" Resah bercampur baur dengan kecewa dengan teman seperjuangannya.

"Waalaikumussalam, Saiful! Alaa, sorry weh. Adam tak nak jauh dari aku. Asyik nangis je! Fasihah tak berapa sihat, aku kesiankan dia. " Suara Aiman cemas.

"Man, jangan la macam ni. Dah lama tak nampak muka kau. Ustaz Yusuf banyak kali tanya pasal kau. Bila kau nak datang usrah minggu ni?"

"Okay, nanti aku confirmkan balik eh? Adam nangis ni, jap lagi nak hantar Fasihah ke klinik, check demam dia, tak surut lagi lepas lahirkan Adam." Suaranya serak. Tangan kirinya memegang telefon, tangan kanannya membelai lembut kepala Adam. Tanpa menunggu jawapan Saiful, dia menutup telefon, terus dan terus menatap wajah suci heronya,

Adam Bin Mohd Aiman

"Ibu, jom siap ke klinik nak? Ibu kena sihat, nanti boleh gerak sekali pergi jumpa Ustaz Yusuf. Zaujah (Isteri) Ustaz Yusuf teringin sangat nak jumpa Adam kita ni." Dia tersenyum memandang wajah Adam, sekali sekala membetulkan cadar biru cair milik anaknya.

Fasihah masih terbaring, menunggu masa untuk sembuh. Kadang dia hanya mampu tersenyum dengan karenah Adam dan suaminya. Suka benar melihat orang yang disayangi bahagia di depan mata.

***

Ruang bilik berlatarbelakangkan hijau lumut itu terasa bahangnya. Mungkin bahang dari cuaca sejak akhir-akhir ini. Remote tv diambil, punat OFF ditekan serta merta. Dia perlu hubungi Aiman.

"Assalamualaikum, Man.." mendatar.

Senyap.

"Man, kau dah hantar isteri kau ke klinik harini? Adam ok?" Bertalu-talu soalan ditanya.

"Haha, apasal kau ni? Aku ok, alhamdulillah. Fasihah pun dah makin ok! Nanti minggu depan aku rancang nak ke rumah Ustaz Yusuf, bawa Adam sekali." Gembira benar tutur suaranya.

"Alhamdulillah! Aku minta maaf, Man. Tak tersempat lagi melawat kau, aku baru sampai dari Sabah. Ehh, nanti hantar gambar Adam pada aku tau! Nak tengok jugak muka anak angkat aku tu." Dia ketawa, terbayang wajah Adam persis Aiman dan isterinya, Fasihah.

"Ya, aku hantar nanti! Jangan terkejut pulak, hensem macam aku!"

"Perasan! Rumah kau ada cermin? Haha" Dia ketawa berdekah-dekah. Sudah lama dia tidak  ketawa sebegini dengan Aiman.

"Betul apa. Ok la, nanti aku hantar gambar. Sekarang aku siap-siap nak keluar kejap"

"Ok, jumpa minggu depan. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Tangan laju menekan punat camera, gambar Adam sedang tidur diambilnya, dihantar pada Saiful. Dia tersenyum memandang Adam. Adam, yang ditunggu-tunggu sejak 5 tahun lepas, kini berada dihadapan mata.


***
Bunyi notifications whatsapp masuk menghapus lamunannya. Mesej dari Aiman, sekeping gambar dihantarnya. Saiful tersenyum, pasti saja Adam persis Aiman. Gembira benar Aiman sejak isterinya lahirkan Adam, selepas 5 tahun menunggu kehadiran cahaya mata sulung.

"Adam?"

Dia menatap lama gambar yang dihantar. Adam, bukan persis Aiman mahupun isterinya, Fasihah.

" Man.." dia mendengus. Sesekali dia beristighfar, memandang beberapa kali screen telefon di depan mata.

***

"Apa kau cakap tentang cinta beberapa minggu lepas?"

"Aku?"

Aiman mengangguk, mengiyakan.

"Cinta, takkan pernah mengantuk."


bersambung..



No comments: