Friday 27 January 2017

Mintalah!



Serabut, resah, gelisah, semua tak kena. Semua tak sempurna di pandangan mata. Semua tak menjadi seperti yang kita impikan.

Report yang kita buat banyak salah! 

Kertas kerja untuk meeting dengan client masih tak settle!

Salah faham dengan isteri/suami/family?

Ada masalah dengan housemate!



Quran tak baca pun sejak seminggu lepas! (harapnya rasa gelisah itu ada bila kita mula hilang rentak dan rutin membaca Quran kita) 

Tanpa kita sedar, terlalu banyak masalah yang datang dalam kehidupan kita. Satu persatu dan kadang-kadang rasa masalah tu sentiasa ada dan takkan habis. Dan sampai kadang-kadang dah rasa give up dengan semua yang jadi, dah malas nak hadap dan kononnya move on. Akhirnya kita ambil jalan senang, iaitu dengan biarkan kita dalam keserabutan dan lari dari masalah. Kalau kita futur, kita biarkan lagi diri kita hanyut sampai tenggelam hilang entah ke mana.

Allahu. 

Pernah fikir perasaan Rasulullah SAW saat baginda mendapat wahyu pertama dari Allah? Bukan saja menjadi utusan Allah SAW untuk sampaikan Islam pada penduduk Mekah, tapi pada semua manusia yang ada di muka bumi! Boleh bayangkan perassan Rasulullah SAW? Baginda pulang ke rumah Khadijah dan berselimut ketakutan hingga dalam surah Al Muddathir, Allah menyeru Baginda untuk melaksanakan amanah yang diberikan.

" Wahai orang yang berselimut! "
" Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). "

Bukan calang-calang amanah yang Baginda perlu laksanakan. Tapi adakah Rasulullah SAW melarikan diri dari amanah yang Allah SWT perintahkan? Yang paling penting ialah iradah (kemahuan) yang ada pada diri kita. Semua masalah yang kita hadapi takkan selesai jika kita tak melapangkan dada untuk menyelesaikan masalah yang ada dan jika kita langsung tak punya iradah(kemahuan) untuk selesaikan masalah yang ada!


Semua masalah yang kita ada akan rasa lebih berat, lebih menyakitkan, lebih melukakan jika kita sendiri tak ada kemahuan untuk menyelesaikan masalah yang ada. Sebagai contoh, kita ada masalah dengan housemate/rakan tapi kita sendiri tak ambil inisiatif untuk selesaikan masalah yang ada. Contoh yang senang faham lagi, kalau kita tak baca Quran dalam sehari, dan kita tahu tak baca Quran tu satu masalah yang ada dalam diri kita, tapi kita masih duduk goyang kaki menunggu hidayah datang menyapa!

Sebenarnya, hidayah dan tarbiyah Allah ada dimana-mana, cuma kita perlukan hati yang tulus untuk merasainya. Macam mana nak dapat hidayah, kalau kita sendiri tak ada iradah(kemahuan), tak ada effort untuk baiki diri kita? Dan bila pelbagai masalah kita hadapi, kita malah merungut, menyalahkan setiap takdir yang berlaku. Tapi, cuba tengok ayat ni,

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan "

Allah gunakan perkataan 'bersama' dalam ayat ni. Seolah-olah Allah nak bagitau kita, percayalah setiap kesusahan pasti akan ada kemudahan, kebahagiaan bersamanya selepas itu! Jangan bimbang, jangan khuatir, kemudahan dan kebahagiaan akan hadir. Cuma kita perlu persiapkan diri dengan iradah yang kuat dan semangat yang tak mudah tergugah dengan semua masalah yang ada. Bagaimana?

Oleh kerana pemilik hati adalah Dia, maka pada siapa lagi kita layak meminta? :)






No comments: