Sunday 6 April 2014

Jom Masuk Gerabak Tarbiyah !

Gerabak tarbiyah dah sampai ! Mohlah kite yob ! -kredit-
Gerabak Tarbiyah. Mesti ada yang tak pernah dengar dua perkataan nie. Kalau ada pun, mungkin rasa dua perkataan tu tak berapa penting pun dalam kehidupan hari-hari. Tapi, siapa yang pernah dengar and sudah pun menaiki gerabak nie, mesti tengah tersenyum manis je. Iyelah, mana idoknya, seronok gumbira tak terkatalah kalau sudah menikmati bestnya perjalanan dalam gerabak ni.
Ada yang akan bertanya, apa tu ‘Gerabak Tarbiyah’ ? Penting ke naik gerabak nie? Kalau perlu, kena bayar ke, kot-kot ada yuran keahlian ke, duit tiket ke? Susah tak kalau nak naik gerabak tarbiyah? Nak ke mana gerabak nie? Ke mana ye kita akan dibawa? Ataupun, soalan yang paling femes, boleh and layakkah untuk saya naik gerabak nie?
In shaa Allah, segala pertanyaan itu akan cuba dijawab sebaik mungkin, mengikut perspektif saya lah. Setiap orang ada pandangan yang tersendiri, dan saya pula akan cuba berkongsi pandangan yang sudah lama ku pendam dalam mr.brain saya yang tak seberapa nie. J
Sebenarnya,gerabak tarbiyah, senang cakapnya adalah mana-mana perjumpaan oleh sekelompok indidividu Muslim, yang diadakan secara berkala untuk tujuan utamanya, DAKWAH (tanggungjawab penting umat Islam nie), membincangkan mengenai Islam, mengecheck iman kita (ye lah, iman ni, naik turun sifatnya), memperbaiki diri di samping mengeratkan hubungan sesama Muslim yang ibarat kalau dicubit peha kiri, yang kanan pun akan terasa jua. Kalau buat equation tu, lebih kurang camni la

GERABAK TARBIYAH = USRAH (LIQA/BULATAN GEMBIRA/etc)

Haa, terkejut sikit la tu. Bila sebut pasal usrah, mungkin ada segelintir (tak semua la) yang mula timbul perasaan sedikit skeptikal and mungkin agak negatif sikit. Well, honestly, ada juga saya terfikir macam tu, tapi kita tak boleh menilai buku dari kulit bukunya, so, saya cuba beranikan diri untuk naik gerabak ini, and it was so different compared to what I have imagined before. Really, really different.
Jadi, penting lagi perlu ke untuk join gerabak nie. My answer, yes, yes and very yes. Untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam seperti yang pernah dicapai dahulu, nilai-nilai dan kefahaman Islam itu sendiri perlu ditanam ke dalam setiap diri setiap Muslim yang kini sudah pun mencecah 1.5 bilion seantero dunia. Tiada guna sebarang tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa untuk menguatkuasakan nilai-nilai Islam jika masyarakatnya masih longgar pegangannya, masih kurang kefahamannya, masih sedikit jati dirinya akan Islam yang sebenarnya. Tapi, perkara nie, sendiri-sendiri pun boleh buat, kata orang sana. Lone Ranger pun boleh survive apa?
Diorang pun berdua kot. mana boleh hidup sorang-sorang *tetiba* -kredit-
 Pergi je la surau ke, masjid ke, dengar ceramah sikit, OK apa? Again, menurut pandangan saya, gerabak tarbiyah ni adalah platform yang terbaik untuk kita menerapkan kefahaman yang sebenarnya mengenai Islam itu sendiri. Dalam gerabak tarbiyah, kita dibantu oleh naqib (orang yang lebih arif dalam gerabak ni), dan kita ada kawan-kawan yang turut berkongsi impian, semangat dan cita-cita yang sama dalam usaha memperbaiki diri dan berdakwah kepada orang lain. Ini menyediakan kita satu support system yang begitu power buat diri kita. Jadi, tak adalah tetiba kita jem and akhirnya shut down macam tu je. Kita sedang bertarung dengan syaitanirrojim dan cik hawa nafsu. Jika sekadar berseorangan melawan dua partner BFF ni, tunggu masa je untuk bendera putih itu diangkat akibat kalah dengan strategi BFF ni yang bisa menggegar iman kita.
Semestinya, tidak pernah pula saya dengar ada bayaran untuk masuk gerabak ni. Percuma ! (sekarang, masuk tandas pun kena caj, tau). Tak ada bayaran keahlian seumur hidup ke, ataupun duit tiket ke (gerabak la katakan). Memang tak ada. Habis, mana sumber kewangannya? Pertama, rezeki itu milik Allah, dan kita kena percaya itu. jika kita buat benda baik, perkara yang Allah suka, in shaa Allah akan membantu. Kedua, dari pemerhatian saya, kebanyakan ahli –ahli senior gerabak dakwah ini akan sendirinya dan ikhlasnya (in shaa Allah) mengeluarkan fulus untuk gerabak ini. Inilah yang dinamakan membelanjakan harta ke jalan Allah. Kefahaman mereka yang lebih mendalam mengenai Islam menjadikan mereka ini, (juga tidak ketinggalan ahli-ahli baru) untuk tidak segan-segan mengeluarkan duitnya demi usaha dakwah dan tarbiyah. Indah sekali, bukan. Dan tidak susah pun untuk masuk gerabak tarbiyah. Tak perlu tunggu mana-mana stesen pun. Kita cuma perlu memanggil kawan kita yang sudah naik gerabak ni untuk join, dengan senang hatinya mereka akan menghulurkan tangan, lantas mengajak anda sekali. Dan, jika anda ternampak gerabak tarbiyah ini, naik sahaja dan layanan lima bintang tanpa diskriminasi akan diberikan. Jika anda dijemput pula, jangan segan-segan untuk menerima jemputan tersebut, in shaa Allah, tiada syarat, masalah atau kontrak pun yang perlu ditandatangani.
In shaa Allah, gerabak tarbiyah akan membawa kita untuk memahami tujuan hidup sebenar, mengajak orang lain melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran, memahami Islam dari erti kata yang sebenarnya, di mana akhirnya kita akan ke Jannah, taman-taman syurgalah destinasi terakhir. Sepanjang perjalanan, reda dan kemuliaan serta rahmat Allah akan sentiasa berlimpah-ruah. Percayalah, jika kita berada dalam gerabak tarbiyah, insya Allah, kita akan sentiasa terpelihara.
Islam itu tidak pernah mengenal darjat, pangkat dan kekayaan yang dimiliki. Semua orang sama, hanya takwalah yang menjadi KPI atau penanda aras darjat seseorang di sisi Allah. ‘Boleh atau layakkah saya menyertai gerabak tarbiyah ini’ tidak pernah menjadi persoalan. Jika seseorang itu merasakan dia tidak cukup baik untuk menyertai gerabak tarbiyah, inilah masa terbaik untuk anda menyertainya. Segala pertolongan akan diberikan dalam usaha untuk menjadi baik. Tidak akan ada pandangan mata yang sinis, tidak akan ada ejekan-ejekan pedih. Dalam Islam, peluang untuk bertaubat dan berubah sentiasa terbuka, selagi mana matahari itu terbit dari timur, jangan pernah berputus asa dengan Allah. Jangan pernah sesekali. Bagi mereka yang sudah baik, ini juga masa untuk anda menjadi lebih baik dari sebelumnya, meningkatkan kefahaman yang sudah sedia ada, in shaa Allah, tidak akan rugi walau sedikit pun.
jom repair mr.heart ni :) -kredit-

Tidak kisahlah gerabak tarbiyah mana pun yang menjadi pilihan hati, tepuk dada tanyalah iman. Sheikh al-Maududiyy (salah seorang tokoh penting gerabak tarbiyah nie) juga pernah berkata, “Marilah menyertai kami dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi ini, jika anda rasa tidak sesuai dengan Jemaah (gerabak tarbiyah) kami, pilihlah Jemaah lain. Jika tidak sesuai juga, maka tubuhkanlah yang baru”. Ini tidak pernah menjadi penghalang untuk gerabak terbiyah untuk terus berjalan. Biarpun berlainan gerabak, namun akhirnya, pasti akan bersatu jua, kerana kita berjuang atas satu tujuan yang sama, kerana Islam, in shaa Allah. Yang penting, jangan bergerak sendiri, bimbang-bimbang kita akan terjerumus dan menyertai anasir-anasir untuk menjatuhkan Islam, sama ada kita sedar ataupun tidak. Akhir sekali, perbaiki niat, ikhlaskan diri dalam menaiki gerabak tarbiyah ini. Jika tidak, mungkin kita tidak mampu mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan dalam gerabak ini sebaiknya dan penamatnya, akan keluar begitu sahaja dari gerabak tarbiyah akibat kurangnya ikhlas, dan salahnya niat. Nauzubillah.

‘You’ll Never Walk Alone’. Jom Masuk Gerabak Tarbiyah !

i.j.

No comments: