Friday 24 April 2015

Muaz bin Jabal 'MJ' -Part 2-

-kredit- *edited*


Di sebalik kebijaksanaan beliau, Muaz bin Jabal juga masih lagi seorang manusia biasa. Tujuan penulis membentangkan kisah ini bukanlah untuk mengaibkan beliau, Cuma apa yang membuatkan penulis (pembaca juga!) tertarik adalah sifat Muaz bin Jabal yang tidak segan silu dalam mengakui kesalahannya, biarpun itu bukanlah sepenuhnya kesalahan beliau.

Peningnya! 

Apa yang penulis  cuba sampaikan ini?

我慢してください。Gamanshite kudasai. [sabar..]

OK.

Kita mulakan kisah tesebut ya. Kemudian, kita hayati bersama.

Rasulullah SAW telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman bagi membantu untuk membimbing kaum muslimin di sana bagi mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenar. Dengan perkataan lain, dakwah! Malah, ketika Rasulullah SAW wafat, beliau masih lagi berada di sana.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Muaz bin Jabal telah kembali ke Yaman. Pada masa yang sama, Umar al-Khattab mengetahui yang Muaz bin Jabal telah menjadi seorang yang kaya raya di sana. Lantas, beliau berjumpa dengan khalifah untuk mencadangkan agar harta Muaz bin Jabal itu dibahagi dua. Umar al Khattab risau harta itu bakal menghanyutkan Muaz bin Jabal dalam arus duniawi yang cukup melekakan. Tanpa menunggu jawapan balas dari Abu Bakar as Siddiq, Umar al Khattab terus ke rumah Muaz bin Jabal untuk mengemukakan cadangan itu.

Namun, cadangan Umar al Khattab itu telah ditolak oleh Muaz bin Jabal dan dipatahkan dengan alasan. Perlu kita ketahui, Muaz bin Jabal menolak bukan kerana beliau sudah sayangkan hartanya itu. Malah beliau cukup dikenali sebagai orang yang suka bersedekah. Hartanya itu juga diperolehi dengan cara yang halal dan bukan dari sumber yang syubhah [meragukan]. Jadi, tidak ada sebarang sebab untuk hartanya itu diambil sebahagiannya. Tambahan pula, Islam tidak pernah melarang umatnya jadi kaya tau selagi mana harta itu digunakan semaksimum mungkin untuk Islam. Ingat tu!

Baiklah. sambung kembali ke kisah Muaz bin Jabal tadi.

Mendengarkan jawapan Muaz bin Jabal , Umar al Khattab lantas meninggalkannya.

Keesokan harinya, Muaz bin Jabal ke rumah Umar al Khattab lalu memeluk sahabatnya itu. Sambil mengalirkan air mata, beliau berkata

“Malam tadi aku bermimpi aku telah masuk ke dalam kolam yang penuh dengan air sehingga aku takut akan tenggelam di dalamnya. Untuknglah kau telah datang menyelamatkanku wahai Umar”
Lalu kedua-duanya berjumpa Abu Bakar as Siddiq untuk menyelesaikan pertikaian itu. Muaz bin Jabal turut meminta agar sebahagian harta itu diambil oleh khalifah untuk kegunaan negara.  Setelah diadili, Abu Bakar menetapkan, 

"Tidak ada satupun hartamu akan ku ambil"

Umar al Khattab lantas menyetujui perbicaraan itu dan berkata kepada Muaz bin Jabal,

"Sekarang harta itu telah halal dan menjadi harta yang baik buatmu"

Nah! 

Betapa prihatinnya sahabat sahabat Nabi sesama mereka. Seperti yang ditunjukkan oleh Umar  al Khattab kepada Muaz bin Jabal. Juga betapa adilnya para sahabat seperti yang ditunjukkan oleh Abu Bakar as Siddiq kepada Muaz bin Jabal kerana Abu Bakar as Siddiq tahu harta itu diperoleh dengan jalan yang halal dan sah.

Ingat, ambil berat dan berlaku adillah dengan orang sekeliling kita!

Tidak lama kemudian, Muaz bin Jabal berpindah ke Syria. Di sana, beliau, seperti biasa menjadi 先生 sensei [guru] dan pakar rujuk di sana. Setelah kematian sahabat karibnya, Abu Ubaidah al Jarrah, beliau dilantik menjadi amir atau gabenor di sana.

Rasulullah SAW sendiri pernah confess rasa cinta baginda kepada Muaz bin Jabal. Sabda baginda,

"Wahai Muaz, Demi Allah aku sungguh menyayangimu, maka, jangan lupa setiap kali selesai solat , ucapkanlah
 اللهُمَّ أَعِنِي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa ingat dan bersyukur serta beribadah dengan ikhlas kepadamu."
Wah! 

Oh, jangan kagum sahaja. 

Amalkan doa yang diajar Rasulullah SAW itu ya!

Seperti yang dijanjikan, ayuh kita dengar mutiara mutiara kata yang keluar dari lisan Muaz bin Jabal yang penuh dengan kilauan ilmu. 

Peh!

Pertama,

Pada suatu pagi Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Muaz bin Jabal,

"Bagaimana keadaanmu pagi ini wahai Muaz?" 
"Pada pagi ini aku benar benar telah beriman wahai Rasulullah" 
"Setiap kebenaran ada hakikatnya. Maka, apakah hakikat keimanannmu?"
"Setiap kali berada pada waktu pagi, aku menyangka tidak akan menemui lagi waktu petang. Juga setiap kali berada di waktu petang, aku menyangka tidak akan bertemu lagi dengan waktu pagi. Tidak ada satu langkah pun yang aku langkahi, melainkan menyangka tidak akan ada lagi langkah seterusnya. Seolah olah kesaksian setiap umat jatuh berlutut untuk dipanggil melihat buku catatannya. Aku bagaikan melihat penduduk syurga menikmati kesenangannya, manakala penghuni neraka terseksa di dalamnya."

Dan ini bukan cakap kosong sahaja. Beliau sememangnya berhati hati dalam setiap urusannya di dunia ini dan sentiasa mencari jalan membuat kebaikan.

Seterusnya. beliau juga menyeru manusia untuk sentiasa mencari ilmu yang bermanfaat. Katanya,

"Waspadalah terhadap tergelincirnya orang yang berilmu. Kenalilah kebenaran itu dengan kebenaran juga keranan kebenaran itu mempunyai cahayanya."

Beliau juga pernah mengingatkan bahawa beribadahlah dengan smart, not hard. Katanya setelah ditanya oleh salah seorang sahabat mengenai perkara ini,

"Berpuasalah dan berbukalah. Dirikanlah solat dan tidurlah. Berusahalah mencari nafkah dan janganlah berbuat dosa. Jangan engkau mati kecuali dalam keadaan Islam dan berhati hatilah dengan doa orang yang teraniaya."

lmu itu juga mengenai iman dan amal. Teori dan praktikal. Kata Muaz bin Jabal,

"Pelajarilah semua ilmu yang kalian sukai, tetapi Allah tidak akan memberi kalian manfaat dengan ilmu itu sebelum kalian mengamalkan terlebih dahulu."

So true!

Jeng jeng jeng!

Tiba kita pada quote Muaz bin Jabal yang boleh tahan popularnya di seantero dunia, terutama dalam dunia, ehem ehem.. dakwah dan tarbiyah ini.

Al Aswad bin Hilal berkata, mereka telah berjalan bersama Muaz, maka dia berkata.

"Marilah kita duduk sebentar, beriman sejenak"

Hayatilah maknanya. Berapa ramai di antara kita yang telah mengambil sedikit masa dan memikirkan akan kondisi iman kita hari ini. Moga Allah sentiasa meletakkan kita dalam naungan rahmatNya.

Nota tangan; Pembaca yang duduk duduk sebentar dan baca blog ini pun dikira beriman sejenak lah juga bersama penulis ini kalau nak diikutkan quote Muaz bin Jabal ini.

Ecece..

続いて、tsuzuite [sambung lagi]

Setelah baru beberapa bulan menjadi gabenor di Syria, beliau telah dipanggil menghadap Allah SWT. Saat saat akhir kematiannya, beliau sempat lagi bermunajat,

"Ya Allah, sesungguhnya selama ini aku takut padaMu, kini aku amat mengharapkanMu. Ya Allah, Engkau mengetahui aku tidak mencintai dunia demi mengalirkan air sungai atau menanam kayu kayuan, tetapi hanyalah untuk menghilangkan dahaga di kala panas dan menghadapi saat saat yang bahaya, serta untuk menambahkan ilmu pengetahuan juga untuk menambahkan ketaatan kepadaMu"

Lalu dihulurkan tangannya seolah beliau bersalaman dengan maut seraya berkata,

"Selamat datang wahai maut. Kekasih tiba pada saat yang diperlukan"

Tingginya nilai keilmuan Muaz bin Jabal di sisi Allah sehinggakan beliau diiktiraf sebagai presiden golongan ulama di hari kiamat nanti. 

Sebelum Umar al Khattab menghembuskan nafasnya yang terakhir, saat itu Umar al Khattab pernah ditanya, siapa yang akan beliau pilih untuk menggantinya sebagai khalifah. 

Kata Umar al Khattab,

"Seandainya Muaz bin Jabal masih hidup, akan pasti akan ku lantik dirinya sebagai khalifah. Jika aku menghadap Allah dan ditanya tentang pelantikannya oleh Allah, aku akan menjawab

Aku melantik Muaz bin Jabal setelah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Muaz bin Jabal ialah pemimpin golongan ulama di hari kiamat."

Semoga kematian kita diakhiri dengan khusnul khatimah [pengakhiran yang baik], seperti mana para sahabat. Biidznillah..


Ditulis oleh i.j.



Rujukan: 100 Tokoh Dalam Dakapan Rasulullah SAW.
                Hepi Andi Bastoni

No comments: