Saturday 2 May 2015

FK Grand Prix Race!

fastabiqal khairat, anyone? or you just want sitting there?



Hidup ini adalah perlumbaan.




Cliche bukan ayat tersebut?



Tapi itu kenyataan dunia kita sekarang.

Ada orang berlumba-lumba untuk kenaikan pangkat. Ada yang sanggup bekerja 24/7  demi meraih perhatian orang di atas sana.

Ada yang berlumba-lumba hendak mendapatkan status 'sekolah terbaik' setiap tahun.

Ada yang berlumba-lumba hendak mendapatkan kedudukan di ipta/ipts terbaik

Ada yang berlumba-lumba hendak mendapatkan gajet tercanggih abad ini.

Dan pelbagai lagi perlumbaan yang manusia dengan rela hati 'menyertai'nya.

Tapi, ada satu perlumbaan yang Allah sebut dalam kitab suci Al-Quran. Iaitu,


“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
 (Surah Al Baqarah 2:148).



Ya ! 



Allah suruh kita berlumba-lumba berbuat kebaikan !


Bagaimana? 


Adakah kita telah menyertai perlumbaan yang Allah anjurkan ini?


Tahniah bagi yang telah menyertai perlumbaan ini, dan kepada yang belum menyertainya, jangan risau kerana penyertaan ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur pangkat darjat dan keturunan sekalipun !



Ada dari kalangan kita tertanya-tanya bagaimana kerja-kerja kita yang semuanya tertumpu kepada duniawi sahaja ini boleh di ubah kepada sebuah kebaikan. Sebenarnya kuncinya hanyalah hati yang ikhlas.

Seorang pelajar tidak akan merungut mengenai 宿題 shukudai (kerja sekolah) yang menggunung berlambaknya kalau dia ikhlas menuntut ilmu. Begitu juga dalam 立場 tachiba (keadaan) yang lain. 


Semua orang , kalau niat di hati murni ikhlas tanpa paksaan, pasti akan terasa indah dalam melakukan apa-apa sahaja perbuatan.


Merujuk kepada potongan ayat al-Quran di atas, ayat ini diturunkan sewaktu perintah pertukaran arah kiblat dari masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram di Mekah. Dan ayat ini menerangkan tentang pelbagai golongan yang mempertahankan kiblat masing-masing.


Al-Aufi meriwayatkan dari Ibnu Abbas mengenai tafsir ayat ini bahwa bagi tiap-tiap pemeluk suatu agama ada kiblatnya sendiri. Bahkan tiap-tiap kabilah pun mempunyai 目的 mokuteki (kiblat) dan tujuan serta arah mereka sendiri. Namun 目的 mokuteki (kiblat) orang yang beriman hanyalah satu, iaitu hendak mendapatkan reda Allah SWT.


Abul `Aliyah pula menjelaskan tafsir ayat ini bahawa 



“Orang Yahudi mempunyai arah yang ditujuinya, orang Nasrani pun mempunyai arah yang ditujuinya. Tetapi kamu, wahai umat Muslimin, telah ditunjukkan Allah kepadamu kiblatmu yang sebenarnya.”


Secara umum “fastabiqul” bermakna berlumba atau cepat dan “khairat” bermakna lebih baik. Jadi fastabiqul khairat bermakna berlumba-lumba dalam berbuat kebaikan.

Justeru, apa lagi yang kita tunggu ?

Marilah terus-terusan berlumba-lumba membuat kebaikan. Dan tanda kita telah berbuat kebaikan itu adalah apabila hati kita menjadi tenang meskipun kita terpaksa berkorban sesuatu yang sangat besar dalam hidup kita. 

Janganlah kita terperangkap dengan alasan kesibukan yang menghimpit diri sehingga tidak mempunyai ruang untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya sekecil-kecil kebaikan pun akan dibalas oleh Allah s.w.t di akhirat sana nanti. 

Banyak kisah-kisah teladan yang boleh kita jadikan ibrah dalam perlumbaan membuat kebaikan ini. Dan perlumbaan ini akan sentiasa berterusan selama kita masih di dunia ini! Sedangkan perlumbaan yang bermatlamatkan dunia mempunyai 限界 genkai (limit) tersendiri yang pastinya bersifat sementara dan hanyalah ilusi semata!


Fastabiqul Khairat - berlumba-lumba berbuat kebaikan, 



Sememangnya dua kata yang terasa mudah diucapkan, mudah ditulis, mudah diingat akan tetapi dua kata yang kita anggap mudah itu mempunyai makna yang apabila difahami, dapat membuatkan ruang 暇 hima (masa lapang) kita menjadi lebih berguna!



Ditulis oleh Akrimi Mathwa

No comments: