Sunday 12 July 2015

HeartVoker dan Kancilnya

Assalamualaikum.

Setiap dari kita selalu je rasa diri dia asyik ditimpa masalah, ujian dari Allah. Dan sebagai hambaNya, tiap dari kita kenalah bersabar dan berusaha untuk menyelesaikannya kan?

Tapi pernah tak kita terfikir kenapa begitu sekali Allah berikan pada kita?

Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan bebanan yang tidak mampu ditanggungnya

Semakin besar ujian yang kita hadapi, sebesar itulah kemampuan kita. Dan dari situlah potensi diri masing-masing mampu dipertingkatkan. Tapi dalam masa yang sama, haruslah kita bergantung harap kepada-Nya untuk membantu, sebab yang boleh menyelesaikan masalah yang menimpa ni, mestilah yang memberi, kan?

InshaAllah, hari ni saya nak kongsi satu ayat power yang saya percaya, Allah mengabulkannya andai kita kekal bersabar, terus berdoa walau hasilnya tidak nampak.
رب يسر ولا تعسر Rabbi yassir wa la tuassir 
Wahai Tuhan, permudahkanlah dan jangan dipersusahkan!

Alhamdulillah, dalam setiap masalah yang saya hadapi, dipermudahkan olehNya.. Dan rasanya tak salah nak kongsi benda baik ni kan?

Dua tahun lepas, Kancil kesayangan saya ada sedikit masalah rumit mengenai altenator. Masa itu, saya ke Melaka Raya hendak melakukan sedikit bayaran bil. Sampai sahaja di Melaka raya, saya terus cari tempat yang dikatakan menyediakan perkhidmatan membayar bil Astro. Malangnya saya tak jumpa. Jadi saya kembali ke kenderaan saya.

Bila saya cuba hidupkan kembali enjin kereta, hanya bunyi yang lebih, enjinnya mati berkali-kali.Perasaan saya waktu itu, hanya Tuhan yang tahu. Alhamdulillah, waktu itu ada orang yang lebih tua di sekitar kawasan saya. Bila ditanyakan, orang berpengalaman A pun keluarkan konklusi mudah, masalah pada alternator atau bateri. Yang hebatnya. saya tak pernah tahu kita boleh hidupkan kenderaan tanpa bateri. Caranya mudah, cuma perlu tenaga manusia sikit. Ni ilmunya ;
  • Masuk gear dua dan jangan lepas clutch.
  • Tolak sampai cukup laju
  • Lepas clutch, and poof! Enjin hidup!
Dan bila sedang mencari kedai servis bateri yang diberitahu Pak Su, saya tersesat. Haih, dalam Melaka pun sesat? Taklah merepek je haha. Saya terlepas je sebenarnya. Dalam menunggu giliran saya meembelok masuk ke lorong kedai tersebut, enjin mati tengah jalan. Bayangkan, saya seorang diri, kereta berderet di belakang, dan saya tersadai ditengah jalan. Alhamdulillah, kereta lorong lagi satu belum tiba giliran mereka dan terpaksalah saya cepat-cepat tolak sorang-sorang kereta tu. Sampai kedai. Tony tengok dalam bonet, cepat je cakap alternator. Baiki dan baiki, dari jam 12 hinggalah pukul 3, barulah saya boleh balik. Dan bayarannya RM240 untuk alternator dan tali kipas. 

Penghujungnya, nampak tak? Sebenarnya waktu sebeginilah yang Allah akan permudahkan. Andai setiap solatmu diiringi doa ini, in shaa Allah dipermudahkan-Nya. Dalam belajar pun, andai kita tahu Allah ada, dan kita selalul minta bantuan-Nya, in shaa Allah dipermudahkan-Nya. Sebab itulah dua senjata Muslimin. Hanya kita, muslimin muslimat sahaja punyai kuasa ini. Terus pada Tuhan, pemilik Alam pula tu.

Dekatilah Tuhanmu, inshaAllah segala urusanmu hanyalah sekadar habuk untuk ditiup ataupun disapu bulu ayam. Ringan dan mudah diuruskan.

*******************************************************

Kisah benar dari HeartVoker.
Dan HeartVoker bukanlah istimewa sangat, cuma sekadar perkongsian ringan dari HeartVoker untuk anda semua.

Nantikan update terbaru dari mereka!

No comments: