Friday 14 August 2015

Awak

Ruang kecil dalam rumah itu dijadikan tempat mereka berdua duduk berhadapan. Bertemankan kopi panas dan bunyi angin kipas yang berpusing, memecah keheningan malam. Sesekali jeda sunyi yang ada diisi dengan gelak tawa antara mereka bercerita kisah hidup mereka pada hari itu.

Ya. Hidup berdua di bumi sakura.

Tidak mudah sebenarnya bagi mereka untuk hidup sebagai pasangan muda di samping berhempas pulas mengejar segulung ijazah, namun atas percayanya mereka pada berkat dan rahmat Allah, keputusan bernikah itu dibuat sebelum terbang ke bumi matahari terbit ini. Sama-sama menjaga, sama-sama menasihati satu sama lain atas jalan hidup Islam yang diagungkan.

Entah bagaimana, perbualan malam itu wujud anomali. Di luar kebiasaan, si isteri yang memulakan bicara.
"Ariff, nanti habis sotsugyou di Nihon, awak nak buat apa?" 
"Emm. Nice question. Saya sendiri tak tahu lagi. Master kanaa.  Jas?"

Jasmin masih merenung buku Netsu Rikigaku. Mindanya masih gagal untuk menangkap cepat apa yang diperkatakan Sensei Matsuda sewaktu kelas lewat petang tadi. Pandangan matanya seolah mahu menembus tiap baris ayat bertulisan rumit itu. Keluh resah kedengaran dari jauh.

"Tak tahu lah. Tak mahu balik Malaysia? Last kita balik pun semasa natsu yasumi."

Ariff tersenyum. Akalnya cepat menangkap apa yang cuba disampaikan buah hatinya itu. Home sick. Faham benar dirinya jika Jasmin mula bertindak luar jangkaan. Patutlah akhir-akhir ini kerja memasak yang biasanya diurus Jasmin, diberi pada Ariff. Mahu memujuk rindu akan keluarga rupanya.

"Ya lah, kita balik fuyu yasumi ini ya. Hmm. Tapi, bila fikir balik pasal soalan Jas tadi,  rasanya nak sambung Masters jugak. Rugi, dah sampai sini tak sambung Master" 

Mulutnya bercakap, namun tangannya menulis deras jawapan pada enshuu Seigyou Riron yang diajar Masshiro sensei, sensei kesayangannya. Boleh tahan usah juga soalannya. Senpai kata senang sahaja, tapi dirinya berasa cukup sukar untuk menjawab sesetengah soalan yang ada. Kepalanya dipicit perlahan.

Jasmin akhirnya menyelak ke muka surat seterusnya. Bilik itu semakin hening. Sunyi. Kalau ada kucing melintas, pasti kedengaran setiap derap langkahnya.

"Awak.." 

Jasmin memecah kesunyian itu akhirnya.

"Hmm?" 

balas Ariff.

Balasan pendek yang diberi Ariff menghampakan Jasmin. Itulah sikap suaminya, sepatah ditanya, sepatah dijawab. Secarit senyuman terukir pada pipinya.

"Apa impian awak eh?" 
"Hahahaha. Dah kenapa tanya soalan macam itu?"

Tanya pun salah. Ketawa pula. Jawab sahajalah! Memberontak sebentar Jasmin tatkala Ariff seakan endah tak endah mahu menjawab. Dirinya membisu.

Ariff merenung ke luar jendela.Terang malam ini. Kekusutan assignments yang ada ditinggalkan seketika. Perhatiannya diberi kepada  Jasmin.

"Awak rasa apa impian saya?" 

"Ishh dia ini. Orang tanya dia, dia tanya balik." 

Spontan Jasmin mencebik.

"Dulu kata nak jadi doktor, lepas tu pharmacist, lepas tu nak jadi designer lah, freelancer lah. Manalah saya tahu awak nak jadi apa. Alih-alih, terperuk dengan saya dekat Sakura Daigaku ni. Ambil engineering lagi. So, sekarang ni awak nak jadi engineer lah kan, Ariff?" 

Terus Jasmin membebel. Jawab sahaja lah. Kita pula yang kena bermain teka teki dengan dia. Semakin panjang muncung Jasmin.

"Hmm.. betul juga semua itu. Tapi, itu cerita lama.."

Senyap.

Ariff mengimbas kembali ke saat dia nayandeiru awal-awal dulu. Sebelum semua ini berlaku. Sebelum episod hidupnya berubah seratus lapan puluh darjah. Dan memori lebih kurang tiga tahun lalu seakan terbang masuk ke kotak minda, membawanya kembali berfantasi kisahnya pada waktu itu.

Kisah Ariff sebelum bersama Jasmin.

jzkk!



*****

Saat itu, sudah hampir dua belas tengah malam. Seperti pelajar persediaan biasa, lewat malam sebegini diisi dengan mengulang kaji pelajaran yang tertinggal sebelum ini.

Meja belajar Ariff seperti pelajar lelaki yang normal. Notes-notes peringatan tentang assignments, date-line penting untuk tarikh akhir bagi menyiapkan poster event kolej, button badges beserta gambar ibu ayah tertampal kuat di ruang dinding berdekatan meja belajarnya itu. Atas mejanya pula berselarakan segala macam alat tulis, dengan kertas contengan draft idea design poster yang ingin dihasilkan. Di sudut tepinya pula, sticky notes tertulis ayat-ayat Al-Quran pilihan menjadi tatapan saat dirinya kusut.

Dan di ruang yang sudah sedia sempit itu, Ariff masih mampu mencari ruang untuk dirinya bermonolog lagi. Ah. sudah kesekian kalinya perkara itu dilakukan.
"Apa impian aku eh?"

Aku nak jadi apa? Setakat habiskan degree then master takkan nak jadi jurutera? Gaji biasa-biasa, hidup sibuk, kerja sampai Sabtu weh!

Mahu jadi freelancer? Kerja nanti tak stabil, tapi besar lah juga income sekali masuk. Masalahnya skills itu ada ke? Ada pelanggan ke nanti? Risky bro, risky.

Aku tak ada matlamat ke?

Photography do offer something big, pleasing and stable. But surely I need skills and mentors to do so. Customers too.

Akhirnya aku kena jadi pensyarah ke satu hari nanti? Bila nak kaya macam itu. Tapi masa dengan famili banyak. Ada juga masa berkualiti bersama famili tercinta. Ewah! Plus, gaji pensyarah pun mantap.

Sebenarnya, Ariff masih gagal untuk mengenal pasti potensi yang ada pada dirinya. Walau berjuta sebab yang diberi, semata-mata mahu menampakkan jelas bahawa dirinya tidak layak dan tidak betah menjadi seperti cita-cita yang dikatanya tadi, semuanya itu tidak bermakna dek kerana lokeknya pengalaman hidup. Ah. Monolog ini tidak berkesan!

Sedang Ariff sibuk merenung skrin laptop, datang dari belakang Sani, rakan seperjuangannya di Jalan Atau 'Ditched', sebuah blog yang beliau uruskan bersama Sani.

"Termenung sahaja. Kenapa?" 
"Oh tak ada apa apa pun. Saja lepak lepak, rehat rehat.."

balas Ariff. Sepatah itu juga dijawab ringkas.

"Hmm.. aku nak pinjam enshuu semalam. Kelas Hamidi Sensei. Aku tak habis salin lagi."

Sambil mencari salinan enshuu tersebut, mata Sani pantas tertarik dengan kata kunci carian Gugel di skrin laptop Ariff. Terkejut. Namun ia tidak ditunjuk jelas. Cepat-cepat akalnya memutar segala fakta yang dilihat, mencari sesuatu yang boleh diperkatakan. Idea menjelma.

"Sani, apa impian kau eh? Kau tak pernah beritahu aku."

Buang tabiat ke dia ni. Belum pernah Ariff berminat mahu tahu tentang kisah hidupnya. Hanya datang dan memberi kata nasihat, itu sahaja perketi yang dia tahu ada pada Ariff. Tentang diri Ariff yang penyayang, sisi itu cukup jarang dilihat. Namun, soalan itu dijawab jua.

"Mahu jadi businessman mungkin."

Sesuailah impian Sani dengan sifat dia itu. Pandai berniaga. Mulut manis. 

Haa! jumpa pun!

Ariff lantas menghulurkan enshuu tersebut kepada Sani.

"Terima kasih! Sayang hang!"

Sani memeluknya erat, lalu berjalan keluar dari bilik Ariff dengan bahagianya. Terasa geli sebentar saat Sani berperilaku sebegitu rupa.


"Haish. Sani, Sani."
Tapi, kalau tiada Sani, terasa hambar lah juga hari-harinya. Kehadiran temannya itu sentiasa menceriakan susasana dengan gelagatnya yang selamba dan bersahaja. Sedang ekor mata Ariff melihat kelibat kawannya itu berlalu pergi, mata Ariff tertancap pada sesuatu yang tertampal pada lokernya. Note lama yang ditampal sewaktu awal-awal dia mendaftar masuk ke sini.

"Aku tahu apa nak buat! Kenapalah lambat sangat nak sedar.."

Ariff bangkit dari duduk, terus ke bilik air untuk berwudhu. Kembali, dan sejadah cokelatnya dihampar lembut. Takbir diangkat, terus solat dua rakaat dilakukannya.

Usai solat dua rakaat, dibacanya beberapa potong ayat Al-Quran. Aduh tenangnya hati ini. Let's see.

أَمْ لِلْإِنْسَانِ مَا تَمَنَّىٰ
"Or shall man have what he wishes?" [53:24]

فَلِلَّهِ الْآخِرَةُ وَالْأُولَىٰ 

"Nay! for Allah is the Hereafter and the former (life)" [53:25]


Tertunduk Ariff buat beberapa ketika.

Apalah sangat dunia ini, Arif. Apalah sangat. Tiada yang patut dikejar pun. He'll set something best for you inshaAllah. All that's left is to make effort and make that something worth it for His Jannah. 

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas petunjuk yang diberikan.

So nanti kalau ditanya apa impian aku, jawapannya sudah ada. Sekurang-kurangnya diorang kena faham. Its not this world we are ought to chase, neither money or careers can give us the promise to His Jannah. Maaf ibu ayah, saya kerja apa nanti itu belakang cerita. He'll guide me somehow.

iBelieve gituh. Uhuk. 


Terima kasih ya Allah. I'm happier than ever now.



*****



Sani membuka pintu biliknya. Lantas dihenyak tubuhnya yang semakin 'berisi' itu di atas katil. Dia teringat kembali tentang apa yang dilihatnya tadi. Carian google Ariff tadi berkisar tentang cara hidup berkeluarga. Dia tidak endahkan yang itu sebenarnya, kerana Ariff selalu benar berbual dengannya tentang mahu hidup berdua di Jepun nanti. Namun yang mengejutkannya, saat matanya melihat lihat kertas di atas meja, tertulis jelas nama seorang rakan wanita yang dikenalinya. Entah bagaimana, akalnya ligat mencari titik persamaan antara keduanya.

Tubuhnya dihenyakkan ke atas katil. Dah sampai masa dah kawan dia yang seorang ini. 

Tahniah bro, I'm glad for you. Jangan lupa jemput pulak.


*****


"Impian saya, cuma nak sama-sama masuk syurga dengan orang orang tersayang sekeliling saya. Itu sahaja. Bukan kerjaya hebat, atau rumah besar, awak masak sedap ke, bukan itu yang saya nak. Except kalau itu keperluan. No exception for that tho."
Terus wajah isterinya ditatap tenang.

"Itu yang buat saya berani nak cakap dengan ibu ayah saya pada minggu itu. Sebelum semua ni. Sebelum we are officially together. And I'm glad that we finally made it."

"Cheesy kid. Go somewhere else lah." 

Cebik Jasmin dengan muka masamnya.

"Cheesy cheesy pun dengan awak je, ke nak saya cheesy ngan obaachan depan rumah kita ni?" Usik Ariff.

Ishh dia ni! Malas layan. Makin dilayan, makin panjang pula usikannya.

"In the end, we all are going Home together, inshaAllah." 

bisik Ariff sambil melihat ke arah bulan purnama itu, penerang malam yang indah ini. Allahu, dia tahu keputusan yang dibuat itu mengubah lanskap kehidupannya. Mahu tidak mahu, tanggungjawab itu harus digalas. Dia yakin dan akan terus yakin, hidupnya akan bertambah kuat disamping Jasmin, dan hari-hari indah ini akan diisi dengan jalan hidup Ad-Din yang sempurna. Doa dan harapan menjadi penguat agar ia menjadi kenyataan. 

Thank you, O Allah. 


*****

kamus :)

Sotsugyou = Graduasi
Master kanaa = Master kot
Netsu Rikigaku = Thermodynamics
Seigyou Riron = Control Theory
Senpai = Senior
Sakura Daigaku = Universiti Sakura

Mungkin lebih sesuai dibuat novel cinta lah kot. Tapi isinya tetap cuba saya sampaikan dalam keadaan santai, dan halal haha. Tetapi ini gambaran mudah kepada mana-mana pelajar di luar sana yang mungkin dalam benak akalnya masih tercari-cari, kahwin awal itu wajar atau tidak.

Jawapannya terletak pada anda juga. Hanya anda yang mampu menilai, adakah anda sudah bersedia untuk melangkah ke dunia tanggungjawab yang seterusnya? Dan harus diingat juga kawan, kalau tidak mahu cepat rasa perlu bertanggungjawab, tidak perlu susah-susah mahu ber couple sepanjang masa.

Tambah dosa. Fikirlah.

Kisah hanyalah kisah yang diolah, bukan tertuju untuk sesiapa yang dikenali atau terkenal. Ehh.

RamadhanVersusPendosa (RVP)

"Berlarilah ke syurga dalam keadaan kau menginginkannya, bukan kau terpaksa dek desakan manusia. InshaAllah dipermudahkanNya!"

No comments: