Saturday 10 October 2015

Of Nasi Arab and Kimono

jzkk!
"Ahh!"
"Stress nya dengan Sofia! Macam lah dia tak tahu perangai aku. Macam lah dia baru kenal aku sehari dua. Sudah dua tahun berkawan pun tak pernah nak cuba faham aku. Stress nya!"
Hanani menghempas pintu biliknya lalu mencampak beg Gucci yang digunakannya ke lantai. Berdekatan dengan loker bajunya. Beg itu juga hadiah pemberian daripada Sofia, kawan baiknya. Beg itu sangatlah Hanani sayang. Dipakai beg itu ke mana mana sahaja dia pergi. Balik kampung, ke kerja, ke usrah, ke shopping mall. Ke mana sahaja. Tapi kini, nilai beg itu seolah tiada erti lagi.

Terus dihempas tubuhnya ke atas katil bujang yang terletak di sudut bilik.. Terasa berdenyut kepala Hanani. Lantas tangannya mengurut dahi, perlahan.

"Kenapa? Apa yang berlaku, Hana?"

Bertanya Suhada, kawan sebiliknya yang berdarah kacukan Arab Pakistan. Sudah dua tahun lebih juga lah mereka tinggal bersama. Ternyata, tempoh itu banyak membantu Shuhada dalam mengenal peribadi Hanani. Baik buruknya. Hatta favorite makanan Hanani pun dia sudah tahu. Siap boleh masakkan lagi.

Hanani itu ternyata ceria orangnya. Kehadiran Hanani tidak pernah gagal dalam menceriakan susasana. Tapi hari ini, lain benar sifatnya.

"Hana?"

Persoalan itu di biarkan begitu sahaja , sepi tanpa jawapan daripada Hanani.

***

Di pejabat, masing-masing sibuk dengan kerja yang bertimbun atas meja, meninggi bagaikan gunung. Sekali sekala terdengar deringan telefon pejabat. Yang pasti, bunyi detakan jari ke atas butang butang keyboard seolah menjadi irama semula jadi di situ. Tidak ketinggalan, keriuhan bunyi mesin fotokopi beroperasi turut menjadi halwa telinga yang kadangkala merimaskan sesiapa sahaja yang berada di situ.

Hanani duduk di ruang kiub kerjanya, menyiapkan new project proposal syarikatnya. Teliti sungguh dia kali ini. Disemaknya minit minit mesyuarat yang lalu. Tidak lupa juga dia melihat rujukan daripada previous project proposal. Mahu tidaknya, tersilap sedikit, mahu berjam jam Hanani terpaksa menghadap bosnya, mendengar bebelan atas kesilapan yang dilakukan. Sedang ligat tangan Hanani menari nari atas papan kekunci AirMac milik syarikatnya itu, tiba-tiba Sofia datang.

"Hana! Awak ni dah kenapa?! Cuba selesaikan kerja yang Fia bagi elok elok sikit. Hana tengok ni! Kan dah berkali-kali Fia ingatkan, ......."

Terdengar tengkingan suara Sofia memarahi rakannya, Hanani.

"Nah! Nanti betulkan balik. Fia nak, by petang ni, dah ada atas meja Fia."

Terdiam Hanani sebentar. Terasa bergenang air matanya. Dilihatnya sekeliling. Ternyata kelantangan suara Sofia tadi menyebabkan seluruh perhatian rakan rakan sekerja tertumpu kepada dirinya. Hanani sekadar mampu mengukir senyuman kelat. lalu diambil kembali kertas yang dihantar ke Sofia semalam. Diletakkan lemah ke atas rak kerjanya.

Punca kemarahan Sofia sangatlah kecil tapi besar impaknya kepada syarikat. Puncanya adalah Hanani tersilap membuat pengiraan pada hujung pengiraan liabiliti yang di tanggung oleh syarikat mereka.

Bukan Hanani tidak berusaha melakukan tugasan itu sebaiknya. Tapi entah kenapa, seringkali dia melakukan kesalahan yang sama. Penguasaan matematiknya yang agak lemah jika dibandingkan dengan yang lain menyebabkan kesalahan itu berulang kali dilakukan. Mungkin kali ini, Sofia sudah tidak lagi dapat menahan sabar.

Namun, betapa remuknya hati Hanani apabila dimarahi sebegitu rupa. Ditengking di hadapan ramai. Lebih-lebih lagi Sofia itu merupakan teman akrabnya. Pedihnya Allah sahaja tahu.

Hanani sekadar memandang kosong skrin komputer.

Teringat kembali saat pertemuan dia, Sofia dan Shuhada..

***

Hanani baru sahaja sampai di Kuala Lumpur. Beliau mendapat peluang pekerjaan di sebuah syarikat GLC terkemuka negara yang menyebabkan dia terpaksa berjauhan dengan keluarga di kampung. Masalah besarnya adalah, dia tidak tahu nak tinggal di mana.

Alhamdulillah, usrah yang disertainya sejak zaman universiti ternyata banyak membantunya. Masih lagi dia ingat, panggilan telefon dari kakak naqibah usrahnya, Kak Jenny.

"Hana! Akak dah jumpa rumah yang boleh Hana duduk kat KL nanti. Nah! Hana telefon nombor ni. Pemilik nombornya, namanya Shuhada. Area rumahnya pun dekat dengan tempat kerja Hana. Oh, lagi satu, dia pun follow usrah. So, tak adalah masalah untuk Hana teruskan usrah kat sana nanti.. " 
"Oh, OK akak. Alhamdulillah.." 
"OK, bye! Assalamu.." 
"Akak!" 
"Apa dia?" 
"Akak tak bagi lagi nombor tu.." 
"Astaghfirullah.. Ampun Hana. Hihi.. Nanti akak WhatsApp nombornya.."

Sesampainya di rumah itu, Shuhada menyambut Hanani dengan meriahnya. Siap masakkan nasi Arab lagi. Shuhada sememangnya pandai masak nasi Arab. Resepi turun temurun katanya. Almaklumlah, ibunya orang Timur Tengah. Buka restoran nasi Arab lagi.

Di situ jugalah Hanani berkenalan dengan Sofia, sahabat Shuhada yang berketurunan Melayu Jepun. Lebih mengejutkan lagi, Sofia juga bekerja di syarikat yang bakal Hanani sertai.

Alhamdulillah.

Hanani terasa urusannya dipermudahkan segalanya oleh Allah.

Yang mencuit hati Hanani, saat itu Sofia sedang berpakaian kimono. Rupanya, dia baru sahaja pulang daripada pesta Bon Odori di Shah Alam. Malam itu, melihatkan reaksi Hanani yang kelihatan sungguh berminat dengan pakaian itu, Sofia turut memberikan peluang untuk Hanani mencuba kimono itu.

Bermula daripada dinner nasi Arab masakan Shuhada dan kimono Sofia, ukhuwwah antara mereka mula terjalin dan kemanisan serta kehangatan ukhuwwah itu semakin dirasakan hari demi hari.

jzkk!


***

Sejak Sofia dinaikkan pangkat, layanannya terhadap Hanani terus berubah. Seratus lapan puluh darjah. Sudah jarang bertegur sapa. Sudah jarang makan brunch bersama. Sudah jarang shopping shawl sesama.

Hanani tahu, sedangkan lidah boleh tergigit, apatah lagi hubungan sesama rakan sendiri. Pasti ada naik turunnya. Tapi, entah mengapa, terluka benar dia hari ini. Kalau boleh diundurkan masa, dia tidak mahu langsung kenal Sofia. At least, dia tak perlu sakit hati sebegini.

Akhirnya, tertumpah juga air mata Hanani.

***

Semalaman itu, Hanani langsung tidak bercakap dengan Suhada. Tidak keruan Shuhada dibuatnya, memikirkan kesalahan apa yang telah dia lakukan sehingga menyebabkan Hanani bermuram muka dengannya.

"Mungkin, dia perlukan masa bersendiri.", sangka baik Shuhada.

Teringat kata naqibah usrahnya. Selemah lemah tingkat dalam  bersaudara adalah bersangka baik. Kalau itu pun tidak mampu dilakukan, layakkah dia menjadi sahabat yang baik buat Hanani.

***

Keesokan harinya, Suhada bertanya perihal 'amukan' Hanani semalam. Dan dengan perlahan dan hemahnya Hanani menceritakan kejadian di pejabat itu kepada Suhada. Takut juga Hanani kalau kalau dia menceritakan perihal buruk mengenai Sofia. Semarah marah dia pada Sofia, tidaklah sampai dia ingin melakukan backbiting.

"Hmm.. Sofia tu, sahabat kita. Sejak dulu lagi kita berkenalan dengan dia, bertepuk tampar, bergurau senda. Dia pun banyak tolong kau, kau pun banyak tolong dia. Kita dah sayang antara satu sama lain macam adik beradik sendiri. Mungkin waktu itu, dia mempunyai masalah lain yang sedang dia fikirkan? Siapa tahu?  
Kisah pertemuan antara kau, dia dan aku pun sudah di tentukan oleh Allah sejak dahulu lagi. Walaupun kita benamkan dalam hati yang kita tak nak langsung kenal dengan dia, kalau Allah dah kata "Jadi" maka "Jadilah". Tak ada siapa yang dapat menghalang kuasa Allah. Kita ni sangatlah kecil lagi tak berdaya.  
Cuma, kita kena ingatlah setiap apa yang di aturkan oleh Allah tu, pasti dan sepasti pastinya akan ada hikmah ataupun kelebihan yang tidak disangka sangka. Daripada cerita kau ni, aku rasa mungkin Allah nak latih sifat sabar dalam diri kau, yang mana mungkin kau takkan dapat kalau kau tak berada dalam keadaan macam tu kelmarin. Janganlah sepantas kilat kita mempersoalkan ketentuan Allah, tetapi, kita duduk dulu, tenangkan fikiran. Lagi molek kalau kita ber'date' dengan Allah.  
Confess semua yang kita rasa. Dia lebih tahu daripada apa yang kita tahu. Dia boleh hantar pelbagai cara dan pelbagai keadaan kepada kita untuk menyentuh hati-hati kita untuk mengingat Dia. Boleh jadi juga Allah takdirkan kita dengan perjumpaan sebegitu untuk menarik kita kembali kepada Dia. Peluang tak selalu datang. 
Janganlah sedih. Allah kan ada. Dia selaluuuu adaaa untukk kita. Dia saaaangat dekat dengan kita."
 Lantas Shuhada mencapai tangan Hanani, digenggamnya kejap. Erat sekali. Terasa kehangatan di situ.
"Dia saaaangat sayangkan kita. So, rebutlah peluang ni. Sambut panggilan kasih sayang Dia ni dengan semangat yang membara bak api yang menyala gitu!".
Secara perlahan-perlahan, Hanani tersenyum.

"Haa, senyum pun. Kan manis macam ni. Sejuk mata bakal mak mertua Hana nanti."

Sempat lagi dia mengusik.

Bush! 

Tepat lontaran bantal busuk Hanani mengenai Shuhada.

Tergelak mereka bersama.

"Dah, Shu nak masak favorite nasi Arab Hana. Kita makan mewah sikit hari ni. Pergi telefon Sofia. Ajak dia sekali. Suruh dia bawa kimono dia sekali. Shu pun nak try pakai juga. Hihi.." 
"Haiikkk!"

^^^


ala carte: setiap pertemuan dengan seseorang sama ada kita suka ataupun tidak, seseorang tu pasti akan ada sesuatu yang ingin Allah bagi kepada kita.

Yang mana berkemungkinan besar pertemuan itu mampu mengajar kita menjadi lebih matang, berfikiran luas, lebih penyabar, ringan tulang untuk berikan bantuan dan macam-macam lagi hikmah yang Allah nak bagi kepada kita.

Sungguh!
Kasihnya Allah terhadap kita.

Tapi, ianya bergantung kepada kita juga. Bagaimana kita hendak menghadapi situasi sebegitu?
Kalau baik reaksi kita, baiklah keputusannya.

Ye idok? heeeeee ~~~

Dan,

Masalah yang kita dapat sama ada daripada diri sendiri ataupun orang sekitar adalah hadiah daripada Allah.

Allah tu kan penjaga kita, tuan kita , pemilik kita. Bila masalah tu datang, kenapa kita tak serahkan sahaja kepada Dia. Dan apabila orang lain melakukan sesuatu yang tak adil terhadap kita, kenapa kita tak serahkan Allah sebagai hakim kita ? Cubalah jadikan Allah tu sebagai teman kita, berborak dengan Dia. Sebab lama lama akan menjadi kebiasaan kita untuk sentiasa share dengan Allah. Dan dalam masa yang sama. Kita dapat bina hubungan dengan Allah.

Bukan kah itu yang kita impikan ?

Manusia ni pelbagai sifatnya dan  agak pelik.

Tapi,

Manusia ni hamba Allah.
Bukti kekuasaan Allah.
Kepelbagaian sifat manusia ni mampu memberikan kita seribu macam pengajaran, didikan dan pendorong.

Datangnya seseorang dalam kehidupan kita membawa beribu rahsia.
Yang mampu mendidik kita.
Yang mampu mematangkan kita.

Dan,
Yang mampu menyentuh hati kita untuk kembali kepada Allah.
Return back call.
Semoga pertemuan ini sehingga ke syurga.
Amin.



Ditulis oleh,
sneakergirl

No comments: