Friday 7 October 2016

Autumn

Autumn.

       Satu persatu daun gugur menyembah bumi, bertukar warna. Mendung, hanya beberapa suara kanak-kanak yang sedang seronok bermain baseball di padang berdekatan kedengaran. Aku perlahankan langkah kaki, berjalan ke arah kerusi berdekatan.

***

        Beberapa hari jugak aku menyepi. Entah, kadang aku rasa aku tak ramai kawan. Bukan tak ada langsung, cuma ada time aku gembira je, bila susah semua lari. Kadang aku rasa diorang hanya berlakon. Buat baik hanya bila pertama kali berjumpa. Dan bila makin lama, makin aku kenal siapa mereka.

" Kenapa aku rasa aku macam tak ada kawan eh? Ada time perlu, time susah hilang. "  Lantang aku suarakan.

" Kenapa pula? Aku tak nampak macam tu pun? " Aiman memandang tepat ke arahku.
" Kau tak nampak, tapi aku yang rasa. "

" Mungkin sebab kau yang kurang spend masa dengan diorang? "

" Entah. Jangan tanya aku, tanya diorang. " Aku tamatkan perbualan. Malas melayan alasan demi alasan. Malas meletihkan emosi dengan amarah. Aku cepatkan langkah kaki menuju ke pintu bilik. Tombol pintu aku genggam dan hempas sekuatnya.

 

Ya, sejak akhir-akhir ni, semua perkara tak kena. Semua! Aku tahu aku kerap salahkan orang lain, aku tahu. Aku tahu aku yang patut muhasabah dengan apa yang berlaku, tapi aku buntu.

***

" Kalau boleh aku nak cepat-cepat graduate and balik malaysia. "

" Eh, kenapa pulak? Macam-macam kau ni, tiba-tiba je. "

" Aku rasa aku salah masuk course. Ni bukan course yang aku suka pun. Aku study, tapi aku tak betul-betul ikhlaskan diri aku untuk buat semua ni. Sebab ni bukan yang aku nak. "

" Aku tak faham. "

" Kan aku bagitau tadi, ni bukan yang aku nak. Aku dapat result ok, dan semua orang ingat aku ok dengan study. Tapi sebenarnya, aku sendiri tak rasa apa yang aku belajar ni sesuai dengan aku. Ni bukan yang aku nak. "


Aiman hanya tersenyum.

" Kalau tu bukan yang kau nak, tapi yang tu juga yang Allah nak untuk kau? "

Dia sambung,
" Apa kau boleh buat untuk halang? " kali ni senyumannya sinis.

" Macam mana kau masih boleh was-was dengan apa yang Allah tentukan untuk kau, lepas 4 tahun kau masuk course ni? Macam mana kau masih boleh was-was sedangkan setiap hari kau mengaku Allah lah yang kau sembah? "

" Man.. " Ya, aku kelu.

" Kalau kau dah dapat jawapan dari soalan aku tadi, kau boleh bagitau aku secepat mungkin. " Sinis jawapan Aiman. Dia laju berjalan ke arah pintu bilik.

Sebelum dia menutup pintu bilik, sempat dia menyambung,
" Aku tak sabar tunggu jawapan kau. "

***
Autumn.

Petang tu aku keluar berjalan ke taman berdekatan. Soalan Aiman masih berlegar dalam kepala. Jawapannya jelas, kerana aku masih was-was dengan segala takdir. Aku masih bermain tarik tali dengan apa yang Allah tetapkan.

Aku sebenarnya bukan tak ada kawan. Tapi kalau hubungan dengan Allah pun aku terumbang ambing, macam mana aku boleh ada rasa nak ada hubungan baik dengan manusia? Aku ingat lagi, kata naqib aku,

" Hubungan dengan Allah sangat special. Bila tujuan hidup kita ke arahnya,kerana akhirat, hal-hal dunia sebenarnya sangat kecil di kaca mata kita. Bila kita kejar akhirat, yang dunia  pun kita akan dapat. "

Tapi aku? Ahh, malas untuk aku  bicara banyak. Aku terlalu jauh.  Orang lain pun nampak aku jauh dariNya, apatah lagi diri yang merasa ni. Tapi aku sangat kagum dengan Autumn. Satu persatu daunnya gugur menyembah bumi, bertukar warna. Seperti yang setiap manusia perlu ada, membersihkan diri dari segala jahiliyyah yang ada. Autumn seakan mengajar aku untuk benar-benar menyediakan hati yang suci untuk lebih dekat denganNya. Pokok yang menggugurkan daunnya, dan menumbuhkannya semula. Menggugurkan segala kotoran dari diri, dan menjadi yang lebih baik dari aku yang semalam.

Oh, ya. Aku dapat kunci segala masalah yang aku ada.



" Bina cinta dengan Pencipta. "

Ramai yang solat, tapi tak ramai yang rasa cinta pada Pencipta hingga buat dia lebih kuat dari sebelumnya. Ramai orang rasa yang dia dah gembira dengan kehidupan sekarang, tapi dia terlupa ada satu rasa cinta yang belum dia balas, belum dia nikmati.


" Bina cinta dengan Pencipta. "

Dan kali ini Autumn mengajar aku satu rasa. Rasa ingin menghadirkan diri padaNya dengan hati yang suci. Yappari, tak ada satu pun yang Dia cipta sia-sia, termasuk Autumn.  Pandanglah kehadiran Autumn dengan kaca mata hamba bukan manusia, kau akan dapat rasa apa kata Sang Pencipta.

No comments: