Sunday 26 February 2017

Si peminta!

Malam. Sebab cuti ni ada kat Malaysia, malam-malam yang berlalu kat rumah agak sibuk. 

Kot.

Teringat dengan seorang kawan ni. Malam tu hantar mesej Line pada dia, dengan niat nak kacau sebenarnya.

"Nak nasihat."

Simple. Memang tu tujuan saya hantar mesej malam tu.

"35:15-18"

kredit



Simple jugak jawapan dia bagi. Kelakar pun ada😅, tapi yang best dia terus reply mesej tadi.

Okay,bersedia? 

Surah al Fatir ayat 15, bunyinya yang bermaksud:

"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah, sedangkan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Lagi Maha Terpuji."
(35:15)

Mula-mula baca ayat ni, termenung juga sekejap. Terhenti lama kat ayat 15 tu. Bila mana, Allah SWT berfirman directly, yang manusialah who keep on meminta-minta pada Dia, manusialah yang memerlukan pertolongan dari Dia. Dan lagi heart shot, bila Allah cakap, hanya Dia yang Maha Kaya. 

Hah, nak jawab apa?

Terus refleks diri sendiri waktu tu. Kita sering mencari-cari manusia, mencari-cari yang lain dulu sebelum cari Dia. Bukan maksud saya kita tak boleh meminta pertolongan pada manusia, cuma terkadang kita sendiri lupa yang siapa yang izinkan manusia lain bantu kita. Nak saya bagi analogi yang mungkin senang difahami?  Kalau lagi merumitkan, maafkan saya ya.

Bayangkan anda ada sebuah kereta Mercedes yang meletop. Then kita keluar berjalan dengan kereta tu untuk pergi shopping mall. Tiba-tiba, kereta Mercedes kesayangan kita tu rosak. Agak-agak apa  tindakan kita waktu tu? Mungkin kita akan;

1) call kawan-kawan terdekat untuk bantu

2) call mechanic yang super power berkelas antarabangsa

3) Bagi salam kat siapa-siapa yang kita nampak boleh tolong, dan minta pertolongan dari mereka.

Kita ada banyak choices untuk dapatkan pertolongan tu. Apatah lagi kereta rosak dekat dalam bandar, on the way pergi shopping mall pulak tu. Ramai sangat manusia yang boleh tolong, apatah lagi seagama dan sebangsa dan sewarganegara. Kan? Kalau ikut logik akal la.

Dan sekarang, bayangkan dengan kereta Mercedes meletop tadi, kita naik and haritu kita on the way balik kampung. Dan kita pula cari pasal, lalu jalan lama, yang memang jarang orang lain guna, dan paling worst susah dapat line telefon. Dan, dan boleh jadi laluan tu, kebiasaannya glamor dengan sekumpulan geng yang menggunakan parang untuk memeras ugut. Dan, dan jalan tu pula terkenal dengan kisah seram-seram yang menjadi viral sejak akhir-akhir ini. Dan tetiba kereta rosak. Dan sekali lagi agak-agak apa tindakan kita waktu tu?

Mungkin agak kejam, jika saya buat andaian yang dalam situasi kedua ini, ternyata kita berdoa lebih panjang dari biasa. Atau bahkan menangis. Atau waktu tu, kita akan berkata

"Ya Allah, lindungilah kami. Ampunkan dosa-dosa kami, selamatkan kami."

atau

"Ya Allah, panjangkanlah umur kami. Moga diberi kesempatan untuk kami bertaubat. Kali ini, bantulah kami ya Allah."

Sekali lagi, bukan saya berniat untuk salahkan doa-doa seperti ini. Ia bahkan sangat baik!! Sekurangnya kita masih ingat siapa sebenarnya yang dapat membantu kita, siapa ilah (baca: Tuhan, tempat perlindungan, tempat berharap) kita. Cuma, adakah kita hanya meminta pada Dia saat kita betul-betul terdesak sahaja? Atau saat-saat yang memang kita rasa, manusia tak boleh tolong, baru kita meminta? 

Allahu. 

Saya sendiri merefleks diri yang serba kekurangan.

Kita abid (baca: hamba). Kita bahkan hanya hamba yang kerdil, yang mungkin terkadang lupa siapa yang mengizinkan kita menjadi kita hari ini. Dan, bila Allah SWT berfirman seperti ayat 15 ni, rasanya kita sendiri lebih layak untuk muhasabah diri masing-masing, more than anyone else. Because, we know who we truly are.



Jom tengok lagi ayat 15 ni. Allah SWT guna 'Fuqara' yang bermaksud ' fakir '. Fakir. Oh, manusia ni fakir sebenarnya. Ya, fakir yang tidak punya apa-apa. Tak berdaya apa-apa. Tak ada kuasa apa-apa. Sebaliknya kita yang perlukan Dia. Kita yang perlukan Allah.

Cuba tengok ayat 16 pula yang bermaksud.

"Jika Dia menghendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu (untuk menggantikan kamu)"
(35:16)

Dan, sekelip mata Allah boleh menggantikan kita dengan orang lain. Mungkin yang lagi soleh/solehah dari kita? Yang lagi bersyukur dari kita? Yang lagi kuat beramal dari kita? Yang lagi berkejar-kejar mencari keredaanNya?

Andai kita jauh dari Dia, apa alasan kita di depan Allah nanti? Apalah sangat ujian kita harini? Dan paling parah, saat ditimpa ujian, sudahkah kita berusaha bersungguh-sungguh mencari 1001 jalan mencariNya?

Minta maaf, jangan rasa stress bila baca ayat kat atas ni. Cuma sedikit sharing dari saya sendiri  yang sedang merefleks diri. Dan kali ni, Surah Al Fatir benar-benar menarik hati. Plus, sharing is caring, right?

Subuh keesokannya, kawan yang saya mesej tadi hantar mesej lagi,

"Try la baca tafsir al Fatir, best."

Dan boleh la kita try baca surah ni. Konfem tak rugi, ini serius! 

Jom!😊





No comments: