Sunday 5 March 2017

Sayap

Baru baru ini admin ada menghadiri senpai (senior) punya setsuron happyo (pembentangan penyelidikan). Dan yang menariknya tentang happyo senpai (pembentangan senior) ini ialah beliau cuba membuat sayap bagi sebuah drone! Haa.. nak tau lebih lanjut bolehlah google macam mana sayap sebiji drone dibuat! Dan admin juga sempat mendengar cerita daripada senpai itu sendiri tentang research yang dilakukannya.

Dan yang paling membuatkan admin terkejut(?) adalah senpai itu berkata dia mula sedar dan terbuka mata tentang kebesaran Allah swt! Ditanya lebih lanjut, ternyata rupanya membuat sepasang sayap untuk drone ternyata bukan mudah. Hanya perlu bandingkan sayap drone ciptaan manusia dengan sayap lalat atau serangga kecil lain ciptaan Allah swt! Bukan sahaja susah bahkan mustahil untuk manusia dapat meniru dengan sebetul-betulnya sayap lalat kecil tersebut.

Kemudian ditambah lagi dengan penjelasan yang lebih membuka mata. Cuba fikirkan kapal terbang ciptaan manusia, untuk terbang memerlukan perkiraan yang sangat rapi. Malah kepada mereka yang pernah menaiki kapal terbang pasti lebih mengetahui bagaimana krew kapal terbang akan meminta penumpang berada dalam posisi yang betul ketika kapal terbang hendak berlepas dan mendarat.


Kemudian mari kita bayangkan pula seekor burung ciptaan Allah swt! Seekor burung boleh terbang pada bila-bila masa dan mendarat pada bila-bila masa sahaja! Burung juga boleh mendarat pada dahan-dahan pokok dengan mudah tanpa sebarang sokongan! Mana ada kapal terbang yang boleh berhenti secara tiba-tiba di atas dahan atau bangunan lain, kan?! (saja guna tanda soal dan tanda seru untuk menunjukkan keterujaan admin😆)

Cuba renungkan pula ayat al-Quran ini.

[al-Mulk: 19]
kredit

[an-Nahl: 79]
Ayat ini diturun kepada orang orang kafir yang telah ditanyakan, apakah mereka tidak melihat kekuasaan Allah hatta kepada seekor burung! Walaupun diturunkan ayat ini kepada orang kafir, kita sebagai Muslim yang sepatutnya membaca al-Quran setiap hari juga dapat mengambil hikmah dan pelajaran daripada ayat ini. Dan inilah salah satu tips tadabbur Quran (tadabbur Quran itu maknanya meresapi, merenungkan dan menghayati ayat Al-Quran Al-Karim berdasarkan tafsir yang sudah ada) yang admin nak share. Letakkan diri kita dalam situasi seolah olah al-Quran bercakap dengan kita sewaktu membaca makna Quran. Maka, pastinya hati kita akan jadi mudah tersentuh dengan ayat Quran yang kita baca saban hari, insyaAllah.

Apa pun, betullah kata orang, semakin kita belajar semakin kita sedar bahawa ilmu yang kita pelajari itu sangatlah sedikit dibandingkan dengan ilmu Allah! Admin sangat berterima kasih kepada senpai ini dengan cerita dan penerangannya yang sekali gus membuatkan admin sedar bahawa kuasa Allah itu Maha Luas Maha Besar! Malahan, pada sayap juga tersimpan keagungan penciptaanNya!

No comments: