Sunday 19 January 2014

berguna pada orang lain #muwasofat tarbiyah

Assalamualaikum w.b.t,


Semoga segala yang dikongsi mendapat manfaat dan keberkatan dariNya.

Pernah tak kita terasa kita tidak dipedulikan?Merasa seperti hidup keseorangan dalam dunia kita sendiri.Belajar seolah-olah untuk hidup,dan kerja hanya untuk kelangsungan hidup!Kadang-kadang terasa seperti dipinggirkan,kerana?kita tak sehebat orang lain,kita tak sekaya orang lain dan macam-macam lagi perasaan yang terdetik.

Sebenarnya,kita perlu yakin setiap manusia ada kelebihan masing-masing yang dikurniakan Allah SWT.Setiap manusia ada kelebihan masing-masing.Hebat bukan?Subhanallah.Setiap manusia ada logam masing-masing.Dalam erti kata lain,logam(kelebihan) yang dapat digunakan sebaiknya.Dan,pernah terfikir tak logam atau kelebihan yang ada pada kita juga boleh jadi berguna pada orang lain?Allah SWT tidak akan jadikan sesuatu untuk perkara yang sia-sia.

Sebagai contoh,kita mempunyai kelebihan iaitu pandai berbicara.Apa yang boleh kita lakukan dengan logam tersebut?Cuba bayangkan betapa bergunanya anda kepada orang lain andai logam tersebut digunakan untuk menyampaikan amal makruf nahi munkar.

Tidak sia-sia logam yang Allah SWT kurniakan pada anda.Malahan,jika memasak ataupun memandu kereta  itu logam atau kelebihan yang ada pada kita,kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin.Contohnya,kita menggunakan kelebihan kita dengan menyediakan makanan ketika usrah,majlis-majlis ilmu,kepada rakan-rakan apatah lagi keluarga.Sekurang-kurangnya kita telah memanfaatkan kelebihan yang ada pada kita dan berguna pada orang lain bukan?

Sebenarnya,jadi berguna kepada orang lain banyak caranya.Yang paling utama amal makruf nahi munkar.Sedar atau tidak,menjadi berguna untuk orang lain tak bermakna sesuatu yang boleh Nampak secara terang-terangan.Even sekecil-sekecil perkara pun dikira.Sebagai contoh,berdoa.Semua orang boleh lakukannya bukan?bermaksud semua orang lain boleh jadi berguna untuk orang lain.

Untuk menjadi berguna kepada orang lain sebenarnya,tidak semestinya perlu ditunjukkan,diheboh-hebohkan,malah dengan doa sekalipun kita dapat menjadi berguna kepada orang lain.Doa itu senjata orang mukmin.Dengan izin Allah SWT,mungkin dengan doa tersebut dapat membantu orang sekeliling kita yang dalam kesusahan.

Apa yang perlu kita faham disini,berguna kepada orang lain juga dapat dilakukan dengan ‘menyebarkan’ apa yang kita faham.Jika kita diberi nikmat oleh Allah SWT iaitu,ilmu pengetahuan yang luas,kita sebenarnya dapat berkongsi ilmu tersebut dengan orang-orang sekeliling kita.Apabila kita ‘faham’ sesuatu perkara,atau ilmu,jangan segan atau kedekut untuk berkongsi. Mungkin ilmu atau perkongsian tersebut memberi 1000 makna pada mereka. Betapa bergunanya ilmu yang kita faham kepada orang lain.Dan,tidak semestinya jika kita bijak dalam pelajaran,kaya,menjadi ahli parlimen barulah kita akan berguna kepada orang lain.

Yakin,Allah tidak akan menyia-nyiakan hambaNya yang ikhlas dalam jalanNya.Pernah dengar tak ungkapan ‘The more you give,the more u get’?Mungkin ungkapan ini dapat memberi semangat kepada kita untuk menjadi berguna pada orang lain.Perhatikan Firman Allah SWT,

 ‘Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong agama Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu’
(Surah Muhammad:7)





Wahh,hebatnya bila kita berguna pada orang lain,dan dalam dalam masa yang sama,kita dapat pertolongan dari Allah SWT,malah Allah SWT mengukuhkan kedudukan  kita.Fikir-fikirkanlah,betapa bermanfaatnya diri kita kepada orang lain,InsyaAllah.Wallahualam.

No comments: