Sunday 26 January 2014

matangkah kita?




 Usia tahun ini sudah  mencecah 15, 18, 20, atau 25 tahun. Usia remaja setahun jagung ini  menandakan tempoh permulaan buat semua  pejuang-pejuang agama bagi  mematangkan fikiran supaya Islam tidak layak  dipijak dan dihina oleh  Yahudi dan Nasrani.Takbir ! Maka, tibalah tahap  yang amat mencabar, di  mana di sinilah permulaannya, iman kita akan  dibentuk dengan akidah dan  akhlak digauli dengan ramuan ibadah beserta  bi'ah yang solehah.

  Wahai remaja ,

Bukan  ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan   sesuai. Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada   anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu   menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita   mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya

  Sedang  Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung   tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan kita yang bertaraf hamba   yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan   perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan   pahala dan perhatian Tuhan. Rata-rata melakukan kebaikan supaya   dipandang bagus bukannya mencari redha Allah.

   Syaitan  dan Nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau  puteri-puteri  islam yang manis dan mengurat putera-putera islam yang  segak. Syaitan  dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas kejayaan  mereka menyelimuti  kita supaya tidak bangun menunaikan solat Subuh  berjemaah apatahlag  bangun bertahajud di hamparan sejadah Qiamulail. Syaitan dan  Nafsu juga amat gembira apabila melihat Rumah Allah  dibunyikan di  dalamnya rancak nada dering telefon bimbit,  umpatan-umpatan serta  perkataan-perkataan komunikasi yang merugikan masa  dan membuang erti  kata sebenar iktikaf.

   Wahai remaja ,

   Kita  mesti menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan   yang berombak dan bergelora saat ini. Sudah tiba masanya untuk menaikkan   layar supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa oleh fitnah dunia.   Sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA dan   layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA (Mardhatillah). Sudah   tiba masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan   diri ditelan dengan jerung DOSA dan badai NERAKA. Sedarkah kita ?

  Adakah 'buaya-friend'dan 'gila-friend'wajib menjadi sesuatu yang  dominan dalam kehidupan setiap yang  bergelar remaja ? Bagaimana dengan  status remaja islam ? Sememangnya  wajib memilikinya seorang sat atau  maksimun 4 atau bersilih ganti ?  atau status mencari pengalaman di alam  remaja ? Jawapannya sudah tentu  sekali TIDAK !

   Mengapa ? Salahkah bercinta ? Cuma setakat hendak  berkenalan dengan  lebih intim ? Bukannya sampai berpegangan tangan  ataupun bercium-ciuman  pun ? Kita dah besarlah, bukan budak-budak ,  semuanya BOLEH !

   Bukan begitu wahai remaja.

   Islam  tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan   bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah MASIH REMAJA. Amanah yang   diberikan bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar,   berdakwah dan beribadah sehingga berjaya. Fokus matlamat kehidupan   sebenar di alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut   dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura ?

   Masanya  sudah tiba, ayuh kita bangkit wahai remaja-remaja islam, kita  berjuang  sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan. Kita berjuang sehingga  fitnah Dajjal  dapat kita tewaskan. Kita memerdekakan jiwa kita yang  dibelenggu musuh  nyata. Kita melawan hawa nafsu dengan penuh kesabaran,  hingga dapat  menjadi penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Janji  Allah itu  pasti

   Bukannya  kita perlu mencari publisiti murahan. Dengan mengacau dan  mengorat  makhluk comel dan kacak ciptaan Tuhan. Menjaja perasaan indah  gelora  Uda dan Dara. Bukannya dengan meninggalkan sunnah yang nabi  wariskan.  Bukan dengan membiarkan alasan murahan terus menghasut ; diri  masih  belum dapat hidayah, diri tidak bersedia ataupun sebenarnya diri  MALAS  melakukannya. Bukan dengan mengambil remeh dan memandang enteng  kepada  ibadat dan amalan yang dilakukan.

   Bukan  dengan meninggalkan Al-Quran, Kitab suci yang  dipelihara kesucian zaman-berzaman.
Acuh tidak acuh  mentaati Tuhan ? Macamlah yakin dan pasti sangat dapat ke syurga  seperti Saidina Uthman bin Affan !

  Wahai remaja,
  kita  seringkali mengeluh dan marah apabila kita diaibkan di khalayak  ramai.  Tidakkah kita terfikir, kita sedang dan akan malu mengaibkan diri  sendiri di depan Allah dan di tepi malaikat. Ayuh celiklah, sedarlah   dan bangunlah memperjuangkan Islam. Teruskan perjuangan sehingga nyawa   bercerai dengan badan.

  Carilah ilmu dan perangi godaan hawa nafsu.
  Kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !

  Wahai remaja,
  Ini  bukan hanya peringatan. Ambil jadikan pedoman. Jadilah remaja   cemerlang yang beriman. Bukan sampah masyarakat yang tidur di laluan   najis buangan.

  Ayuh berjuang demi maruah  remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan  menyembah Syaitan! Sesungguhnya ia musuh  yang nyatabagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah   jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan   golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ? "  Yaasin : 60-62

mujahidnihon ^^



No comments: