Friday 6 March 2015

Awas! Itu Zonn!





Masih lagi saya ingat dengan jelas. Bagaimana saya mendapat ‘sentuhan’ malam itu. Minggu itu jadual kami padat. Kelas jangan dikira, homework pun bertimbun. Mengeluh dalam hati, jangan ditanya. Memang di mulut tak terucap,tapi dalam hati, hanya diri yang tahu.

Selepas berhempas-pulas seharian di kelas, kami pulang ke asrama, macam biasa. Tapi yang luar biasanya saya dapat tahu perbincangan group akan ada malam tu. 

Pelik.

Biasanya kalau discussion, kami  tak akan buat hujung minggu. Tapi kali ni, nak buat hujung minggu pulak.  

”Aishh, bukan ramai yang akan balik ke?”

Saya bercakap sendirian. Kaki rancak menaiki anak tangga asrama. Persoalan itu, saya biarkan berlalu sebegitu. Saya masih penat berfikir.

Kenapa?

Mengapa?

Janji ada, noktah.

Malam tu, selepas isyak, ramai sahabat berada di depan meja. Semua fokus. Saya dan groupmates berkumpul selepas isyak. Perbincangan kami di surau, nak pergi bersama ke sana. Dan, pada malam itulah, saya diperkenalkan dengan ZONN. Sebelum ni, umum dah kenal dengannya. Tapi malam itu, saya kenalnya dengan lebih mendalam.

Sebelum saya terlupa, malam itu sorang groupmate saya tidak dapat hadirkan diri. 

”Sebab hujung minggu kot. Dia ada masalah tak dapat dielakkan agaknya”, saya menyedapkan hati ahli kumpulan. Semua senyap. Letih agaknya, minggu ni memang kami all out kat kelas.

Ketua group kami tersenyum. Apalagi, kami pun senyum la sekali. Tapi, kami pun tak tahu maksud senyuman itu. Masing-masing menyedapkan hati sendiri.

Tiba-tiba sahabat saya yang diam dari awalnya bersuara,

“Kenapa dia tak datang malam ni ya? Bukan ke masing-masing dah tahu, report tu kena siap awal-awal? Takkan la tak boleh negotiate dengan family. Lagipun, rumah dia dekat je. Kita bincang kan sekali seminggu je. Balik rumah, bila-bila pun boleh, kan? Lagipun, makin lama, kita makin sibuk.”

Panjang lebar luahan hatinya. Kami terdiam. Semua berfikir. Ada betulnya jugak, ada salahnya jugak kata-katanya tu.

“ZONNN”

Sahabat kami yang tadinya tersenyum akhirnya megeluarkan suara. Kami terpinga-pinga. Zonn? Setahu saya, tiada groupmates yang nick name nya dipanggil begitu.

“Itu Zonn.” sambungnya.

"Zonn? maksudnya?” seorang lagi sahabat saya bertanya.

”Korang tak kenal dengan Zonn? Dia famous la. Cuba check Surah Al-Hujurat.”.

Malam itu, saya dan sahabat diperkenalkan dengan Zonn.

Apa itu Zonnn?

“Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah kebanyakan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang,dan janganlah setengah kamu kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaa mengumpat)maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(Oleh itu,patuhilah larangan-larangan tersebut)dan bertaqwalah kamu kepada Allah,sesungguhnya Allah Penerima Taubat,lagi Maha Mengasihani”(Al Hujurat,49;12)

Kami terdiam. Zonn, inilah dia. 

Zonn = prasangka/sangkaan. 

Ya! Memang Allah tegur direct dalam ayat ni. Huh, semua berpaling satu sama lain. Menyesal, mengenang segala sangkaan, yang diluahkan sebentar tadi.

Hebat bukan, ayat-ayat cintaNya? Terokailah, baru nampak, baru tersentap! Sebelum ni pun,umum dah tahu apa itu Zonn kan? Alaa, kita selalu cakap kan, husnuZONN dengan Allah. Bersangka baik dengan Allah! Tetapi, mungkin ia selalu diucap di bibir sahaja, namun kurang penghayatannya.

“Ada baca Surah Al-Hujurat ayat 11 jugak tak? Allah cakap apa?”

sambung sahabatku lagi.

Mata saya terpaku melihat ayat itu. Bukan pelik, tapi mendalam. Mendalam sungguh ayat itu. Allah melarang kaum lelaki mahupun perempuan mencemuh antara satu sama lain. Kenapa? Kerana mungkin yang dicemuh lebih baik dari kita yang mencemuh. Kenapa? Kerana mungkin yang di complaint lebih baik dari yang men-complaint tu.

“Sebab tu kita perlu buang sangkaan kan? Kita tak boleh bersangka buruk. Situasi sebenar pun kita tak tahu”sambung sahabatku yang lain.

Kami semua senyap. Semua merasa bersalah. Ye laa, kami ber-Zonn buruk dengan groupmate sendiri. 

“Korang ada baca atau pernah dengar tak cerita pasal Ikrimah??”

tanya sahabat tadi, ketua group kami. Saya dan kawan-kawan terdiam seketika. Mengimbau kembali latar belakang Ikrimah.

”Siapa Ikrimah?” 

“Alaa, sahabat Rasulullah SAW tu.” 

”Ikrimah Bin Abu Jahal namanya.” 

“Anak Abu Jahal?” 

“Ya,dia lah yang menentang Rasulullah SAW dalam Perang Badar. Hingga dia menentang Rasulullah SAW dalam Perang Uhud untuk membalas dendam atas kematian Abu Jahal,bapanya dan memberi kemenangan  pada pihaknya.” 

“Ishh,jahatnya dia.” 

“Tahu lepas tu apa terjadi?” 

“Apa?” 

“Dia memeluk Islam.”

Kali ini, kami tersenyum. Faham apa yang cuba disampaikan. 

Nak tahu tak? 

Hidayah Allah tu tak ter-limit pada sesiapa pun. Lihatlah Ikrimah! Kalau lah kita baca tentang latar belakangnya, kita mesti bersangka bahawa dia seorang yang jahat bukan? Lalu apa yang terjadi? Allah SWT mencampakkan hidayah ke dalam hatinya, hingga orang yang kita sangka jahat, zalim itulah yang akhirnya lebih baik dari kita.

Ya, begitu juga dengan manusia. Mungkin ada masanya kita sibuk bersangka-sangka dengan sahabat kita, orang terdekat. Yang itu tak kena, yang ini tak kena. Kalau sahabat kita tak dapat hadir perbincangan, kita cakap dia malas. Kalau sahabat kita diam, kita cakap dia emo la, sensitif la. Kalau orang join usrah, kita cakap extreme. Kalau tak join usrah? Kita cakap dia jahil. 

Macam-macam ‘kalau’ yang ada. 

Macam-macam sangkaan yang ada.

“Jauhkanlah hati kita dari berprasangka.Mungkin kita lihat ada orang lain jauh ketinggalan dari kita,tapi mungkin satu hari nanti dia akan jauh meninggalkan kita.”

Cuba lapangkan dada, terima dengan positif setiap apa yang berlaku disekeliling kita. Apa yang baik, kita ambil lah! Yang kita tahu akan membawa keburukan, kita buanglah jauh-jauh.

Huh.

Hangat perbincangan kami malam tu. Kerja group kami tak siap, tapi kami mendapat sesuatu yang berharga malam itu. Dan, kami yakin itulah pengajaran terbaik yang Allah SWT ingin kami pelajari. Hari berganti hari, dan malam itu masih segar dalam ingatan saya.

Jadi, next step? Buang Zonn, lapangkan hati. Ya, hidup akan bahagia dan bermakna.





*Zonn (B.Arab) = Sangkaan

~Dari cinta kepada cinta~

InsyaAllah, moga segala yang dikongsi menjadi peringatan bersama.

Jauhi Zonnn, hati akan bahagia. 

Ini serius.

Ditulis oleh: IL


No comments: