Friday 26 June 2015

Ada apa pada labah labah?

Image result for labah2

Assalamualaikum dan tahniah kerana sudah seminggu di bulan Ramadhan! Alhamdulillah!

Okay hari ini penulis ingin berkongsi tentang spider? Ya, lebih kurang begitulah. semua orang tahu kan labah2 tu apa dan macam mana? okay kali nie mari kita kenali si labah2 dengan lebih dekat !.



seperti yang kita semua tahu, terdapat pelbagai jenis labah-labah daripada yang biasa-biasa hinggalah yang besar dan berbisa dan dianggarkan sebanyak 40 ribu jenis labah-labah yang telah dijumpai di muka bumi ini ! tidak lupa juga labah-labah dalm bentuk manusia *sigh* 

Kebanyakan labah-labah memburu dengan membina sarang labah-labah untuk memerangkap serangga. Sarang ini diperbuat daripada sutera labah-labah, seutas benang protein yang halus dan kukuh yang dihasilkan oleh labah-labah daripada spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen.

Membandingkan dari segi berat, sutera labah-labah adalah lima kali lebih kuat berbanding besi keluli. Kesemua labah-labah menghasilkan sutera, walaupun tidak kesemua menggunakannya bagi menganyam perangkap yang rapi. Benang sutera digunakan bagi memanjat, membentuk alas dinding licin bagi sarang dalam tanah, membina kantung telur, membalut mangsa, menyimpan sementara sperma dan banyak lagi kegunaan yang lain.

Kesemua kecuali satu genus labah-labah mempunyai keupayaan bagi mencucuk bisa untuk membunuh mangsa dan untuk mempertahankan diri mereka. Hanya subset labah-labah yang terhad yang mampu mengakibatkan masalah perubatan yang teruk apabila mengigit manusia. Kebanyakan jenis labah-labah yang lain mampu memberi gigitan yang menyebabkan rasa tidak selesa untuk beberapa ketika tetapi tidak menyebabkan kesan jangka panjang. sumber

jadi apa pengajaran yang kita boleh perolehi daripada makhluk Allah yang istimewa ini? 

setelah sedikit sebanyak kajian yang dilakukan, penulis telah membahagikan pengajaran tersebut kepada 3 topik utama iaitu:

1. labah-labah seekor haiwan yang rajin.
2. labah-labah seekor haiwan yang bijak. 
3. labah-labah seekor haiwan yang mudah panik. 

pertama, labah-labah adalah contoh kedua haiwan yang paling rajin dan gigih bekerja setelah semut. labah-labah akan sentiasa membina dan memperkukuhkan sarangnya dengan memperbanyak jaringan supaya dia dapat memerangkap lebih banyak haiwan atau serangga. 

pernah tak kita musnahkan sarang labah-labah tersebut, dan lihat apa yang akan dilakukan oleh labah-labah itu kemudiannya? 

apakah labah-labah itu akan terus lari, ataupun 'meratap' kemusnahan sumber rezekinya? tidak bukan?

dia akan terus membuat dan membina kembali sarangnya yang telah hancur.

dari sini kita boleh mengambil pelajaran akan haiwan kecil ini bahawa disebalik badan dan upaya yang kecil, labah-labah tidak pernah berputus asa. walaupun dijatuhkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab, labah-labah tetap redha dan berusaha membangunkan kembali sarangnya. 

apabila disebut tentang kegigihan labah-labah ini, penulis selalu terngiang-ngiang lagu yang sering dinyanyikan sewaktu kecil dahulu yang berbunyi :
 ''seekor labah2 sedang panjat pokok, bila hujan turun, labah cepat lari, bila hujan tiada, labah boleh panjat sekali lagi" 

keduanya ialah labah-labah seekor haiwan yang bijak. labah-labah pastinya dikurniakan Allah kebolehan yang luar biasa untuk membina sarangnya. jika diamati, sarang labah-labah terbina dengan seni bina yang cantik dan dalam corak yang jikalau kita sendiri melukisnya pun , belum tentu dapat menandingi keindahan sarang labah-labah tersebut.

labah-labah pastinya lebih arif bagaimana merancang jaringan-jaringan tersebut agar menjadi lebih kukuh. daripada sarang labah-labah inilah manusia mencelop idea menghasilnya jaringan internet bukan? hasil daripada jaringan-jaringan inilah kita hari ini dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan internet.


ketiganya ialah labah-labah bersifat seekor haiwan yang mudah panik. lihat sahaja apabila sarangnya rosak ditiup angin atau sebagainya, labah-labah akan segera bergerak bagi menjaga sarangnya daripada dirosakkan. begitu juga apabila ada haiwan lain yang bergerak menghampiri sarangnya, labah-labah akan bergerak keserata arah kerana dia menganggap semua jenis haiwan adalah musuhnya. dan daripada sifatnya yang mudah panik itulah, perkataan 'kelam-kabut' terhasil yang disebut dalam bahasa arab 'kal-ankabut' yang bermaksud, 'seperti labah-labah' !.


daripada sekian banyak pengajaran yang kita perolehi daripada kisah labah-labah yang telah disebutkan di atas, Allah juga telah memberi perumpamaan orang-orang yang mengharapkan perlindungan selain daripada Allah seumpama seekor labah-labah yang membina sarangnya seperti yang telah difirmankan dalam surah al-ankabut ayat 41 :

A041


Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.

begitulah rapuh dan sia-sianya sekiranya kita sebagai hamba Allah sekiranya mesih mengharapkan perlindungan daripada makhluk-makhluk yang Allah sendiri ciptakan.

marilah kita sama-sama merenung dan bermuhasabah kembali akan semua gerak kerja kita adakah terselit di dalam nya pengharapan ataupun pergantungan kita kepada benda-benda lain selain Allah. kadang-kadang tanpa kita sedari sebenarnya percakapan dan perbuatan kita seolah-olah kita sedang mengharapkan daripada selain-Nya.

semoga dengan kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dapat mengambil sebanyak-banyaknya iktibar daripada Al-quran dan hadith dan berusaha menambah baik dan memperbaiki ibadah kita dengan istiqamah.

Lihat! Daripada makhluk sekecil labah-labah sekalipun, begitu banyak hikmah yang boleh kita peroleh.

Ehem, kita yang sibuk mencanang "makhluk terbaik" ini tak terasakah?

mode: Ramadhan kareem!

penulis: Akrimi Mathwa

No comments: