Monday 1 June 2015

Kau Tak B*d*h

Beberapa kali dia menulis dua perkataan yang sama. Pada petang yang sunyi itu, dia langsung tidak keluar dari biliknya. Sesudah menunaikan solat asar, dia terus duduk di kerusi mejanya dan mula menulis dua perkataan itu berulang kali.

Lima belas minit telah pun berlalu. Akan tetapi, dia masih menulis tanpa henti. Ya, menulis dua perkataan yang sama. Sesekali dia akan melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Termenung seketika, memikirkan masalah yang sedang dihadapinya lalu menghelakan keluhan yang panjang.

Kemudian, dia meneruskan penulisannya.





"Woi Man! Bila kau nak turun main ni?" jerit rakannya dari bawah, berhadapan dengan tingkap biliknya.

Dia terhenti.

"Bola ke?" dia melaung sambil menjenguk kepala ke tingkap. Kelihatan Arep tersengih-sengih sambil memeluk bola dengan tangan kirinya.

"Jap, aku nak bersiap."
Dia meletakkan pennya, membiarkan kertas itu terpampang di atas meja lalu bersiap sedia untuk beriadah.

'Ah, nantilah aku simpan.'

Setelah bersiap, dia mula berlari-lari anak menuju ke gelanggang futsal.

Lima minit kemudian, Akmal masuk ke dalam bilik. Dia baru sahaja pulang dari surau. Usai sahaja menjalankan eksperimen tadi, dia terus menuju ke surau untuk menunaikan solat asar.

Akmal meletakkan begnya di atas kerusi sebelum menuju ke arah loker untuk menukar baju. Akan tetapi, sehelai kertas di atas meja Ilman membuatkan langkahnya mati.

'Aku bodoh?'

Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah kau rasa seperti Ilman rasakan?

Kau rasa kau bodoh? Kenapa? Adakah sebab test baru-baru ini sangat teruk? Ataupun, selepas pengiraan, pointer Jepun kau sangat rendah?

Kau rasa kau tak dapat masuk universiti yang kau nak? Eh, silap. Kau langsung tak dapat nak berangan sekalipun untuk masuk universiti yang kau nak?

Tak pun kau tak dapat jawab soalan sensei ataupun sebab kau langsung tak faham dengan apa yang sensei cakapkan atau terangkan di hadapan?

Dengan sebab itu kau rasa kau bodoh?

ばかの bakano (bodoh ke)

Kau tak sebodoh yang kau sangkakan. Ya, mungkin kau tak faham dalam kelas. Ya, pointer kau mungkin rendah dari orang lain. Ya, mungkin soalan ensyuu (praktis) yang sensei berikan zenzen (semua) kau tak dapat jawab.

Cammon la, budak. Takkan dengan sebab yang remeh itu kau gelar diri kau bodoh.

Semai sedikit rasa sayang pada diri!

Kau ada hafal makna surah Al-Fatihah?

Kau mampu handle machine masa workshop?

Kau mampu baca circuit dan sambungkan circuit dengan hanya membaca diagram?

Kau pandai menggunakan common sense kau untuk membersihkan bilik?

Kau pandai susun kasut dengan elok supaya tak menyusahkan makcik cleaner nak mengemas?

Kau tahu tumpukan diri dalam kelas?

Kau tahu untuk diamkan diri bila perlu?

Kau tahu semua itu, betul tak? Jadi, kau tak bodoh. Kau hanya lack of solving skill dari orang lain.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). "
Surah At-Tin, ayat 4

Sudah terang lagi bersuluh Allah sudah send surat cinta kepada kita, tegaskan bahawa kita sebaik-baik kejadian. Mana mungkin ciptaan Allah dan kata-kata Allah itu silap. Manusia itu bodoh dengan manusia itu sebaik-baik kejadian adalah dua perkara yang bertentangan.

Adakah kau mahu berdebat dengan Allah pula?

Baiklah, kau kata kau sudah berusaha tetapi masih tak dapat apa yang kau impikan, betul tak?

Habis, kau fikir usaha kau untuk fahamkan apa yang dipelajari hanya boleh apply masa exam sahaja? Kau fikir usaha kau sia-sia? Kau fikir 'Baik tak payah study. Result sama je macam tak study.'

ばかの bakano (bodoh ke)

Biar penat.

Biar tak nampak hasilnya sekarang.

Biarlah orang lain pintas kau sekalipun.

Biarkan, biarkanlah asalkan kau terus berusaha.

Budak, Allah tak tengok pun hasil kau semai. Allah tengok usaha kau, jadi apa lagi kau nak pintakan?

Letaklah pergantungan kau kepada Allah s.w.t

Sedarkah kau selama ini memandang rendah dengan takdir yang Allah tetapkan? Sedarkah kau, selama kau hidup, kau selalu meragui kekuasaan Allah?

Bila kau kata dengan pointer kau, kau tidak akan dapat nak apply ke universiti yang kau inginkan?

Bila kau rasa exam bagi killer subject, kau akan fail walaupun kau sudah pun berusaha?

Bila kau sakit, kau makan panadol berbelas-belas biji semata-mata mahukan rasa sakit?

Di mana kau letak kebergantungan kau pada Tuhan yang Maha Esa?

Di mana? Hati? Mulut? Ataupun tidak pernah rasa ingin bergantung?

Bangunlah, budak. Bangun.

Letakkan kebergantungan kau pada Allah. Allah adalah Tuhan, Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.

Kefahaman, kebaikan, keberkatan ilmu itu semuanya datang dari-Nya.

Akal kau tidak rendah, selagi kau beriman.



----------------------------------------------------

Man mengesat-ngesat peluhnya di muka dan melemparkan senyuman kepada Arep sebelum mengangkat tangan untuk melambai. Lambaiannya dibalas dengan anggukan sebelum Arep menghilang masuk ke dalam biliknya.

Man melangkah masuk ke dalam bilik, berjalan terus ke loker. Tiada sesiapa pun di dalam biliknya memandangkan hampir semua rakan sebiliknya sudah pergi ke surau.

Dia membuka loker untuk mengambil tuala yang dicampaknya secara tergesa-gesa pagi tadi. Tiba-tiba, sehelai kertas jatuh dari dalam loker ke lantai.

Kertas 'aku bodoh' yang ditulisnya.


Dia segera mengutip kertas itu, bimbang jika ada orang lain yang membaca tentang apa yang ditulisnya dalam keadaan stress pada petang itu. Dia terus ingin meronyok kertas itu, tetapi tulisan asing di atas setiap dua perkataan yang berulang itu menarik perhatiannya. Segera dia membaca keseluruhan kertas itu sehingga nota terakhir.


Dia mula tersenyum lebar.


nota hati: maaf, saya tak pandai nak bertapis seperti BioAura, jadi, saya hanya tulis sebagaimana saya bercakap. Jika terkasar, ku pohon maaf tapi jika terasa, sila sentapkan diri anda sendiri. Yang baik semuanya dari yang Maha Esa :D



Ditulis oleh
Pukul Tiga.

No comments: